Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Mungkin Kali Terakhir Bertanding PRU, Netizen Syak Ayat Muhyiddin Untuk Raih Simpati?

Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membayangkan ini adalah kali terakhir bagi dirinya bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU).

Menurut laporan Harian Metro, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu juga akan bertanding untuk kerusi Pagoh yang membolehkan beliau berkhidmat untuk tempoh lima tahun lagi sekiranya menang.

Muhyiddin berkata, beliau telah memegang pelbagai jawatan selama hampir lima dekad dalam dunia politik dan sudah tiba masa untuk memberi peluang kepada individu lain yang berpotensi.

“Mungkin ini kali terakhir saya bertanding. Jika saya menang, Insya-Allah saya masih ada lima tahun lagi untuk memberi perkhidmatan dan berbakti kepada rakyat.
“Selepas berada dalam politik negara selama hampir 50 tahun dan menerajui pelbagai jawatan termasuk yang tertinggi, saya rasa ia sudah memadai. Beri peluang kepada orang lain pula.
“Terdapat ramai golongan muda berkaliber dalam PN yang boleh mengambil alih tugas dan tanggungjawab,” katanya dalam sebuah program di Bukit Kepong, Pagoh baru-baru ini.

Dalam ucapan sama, Ahli Parlimen Pagoh itu turut memberitahu orang ramai untuk ‘menyokongnya buat kali terakhir’.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Meninjau reaksi netizen di laman Facebook Harian Metro, ramai menyifatkan kata-kata Muhyiddin sukar untuk dipercayai kerana perkataan ‘mungkin’ itu membawa maksud tidak pasti.

Tidak mustahil ‘mungkin’ itu merujuk kepada beliau akan menjadi ahli politik bagi beberapa dekad lagi seperti Tun Dr Mahathir Mohamad pada masa akan datang?

Tun pun dah bersara, tiba-tiba bertanding

Susah nak percaya ni

Pinjam ayat Tun M ke?

Malah di Facebook Buletin TV3 yang turut melaporkan perkara sama, rata-rata mendakwa itu hanyalah ayat untuk meraih simpati rakyat sekali gus dapat ‘memancing’ undi orang ramai dalam PRU15 kali ini.

Ayat simpati meraih undi?

Mula dah ‘drama’ simpati

Mungkin hanya cakap di bibir..

Sementara itu, beliau juga menyambut baik cadangan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berdebat jika menerima jemputan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Facebook Harian Metro & Buletin TV3

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sukan

Bintang sensasi Brazil, Neymar, mengumumkan pengakhiran karier antarabangsa selepas negaranya tersingkir di pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2026 apabila tewas 2-1 kepada Norway di...

Spotlight

Aktor Bollywood, Aamir Khan kembali bergelar suami selepas lima tahun menduda apabila sah berkahwin dengan ahli perniagaan dan perunding gaya, Gauri Spratt dalam satu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd