Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Mulai Tahun Ini! Malaysia Perkenal Pasport Sah Laku 10 Tahun Pada Harga RM350, OKU Nikmati Percuma

Warganegara Malaysia bakal menikmati pasport dengan tempoh sah laku sehingga 10 tahun pada kadar bayaran RM350 yang dijangka dilaksanakan tahun ini.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban, berkata perintah berkaitan pembaharuan tempoh sah laku pasport daripada lima tahun kepada 10 tahun sudah diwartakan menerusi Warta Kerajaan.

“Maklumat ini seperti yang diwartakan (dalam warta kerajaan). Tarikh Pelaksanaan akan dimaklumkan kemudian,” katanya kepada BH, merujuk Perintah Fi (Pasport dan Visa) (Pindaan) 2026 yang diterbitkan dalam Warta Kerajaan hari ini.

Menerusi warta yang ditandatangani Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, individu berusia 60 tahun ke atas hanya dikenakan bayaran RM175 bagi pasport dengan tempoh sah laku 10 tahun.

Selain itu, orang kurang upaya (OKU) berumur 18 tahun ke atas yang berdaftar di bawah Akta Orang Kurang Upaya 2008 layak memperoleh pasport berkenaan secara percuma.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Warta sama turut menetapkan kadar bayaran baharu bagi penggantian pasport rosak atau hilang. Bagi warganegara berusia 13 hingga 59 tahun, penggantian kali pertama dikenakan bayaran RM550 berbanding RM400 sebelum ini.

Penggantian kali kedua pula dikenakan RM850, manakala penggantian seterusnya RM1,350.

Bagi warga emas berusia 60 tahun ke atas, kadar bayaran penggantian ditetapkan RM375 bagi kes pertama, RM675 bagi kali kedua dan RM1,175 bagi penggantian seterusnya.

Sementara itu, OKU berumur 18 tahun ke atas serta pegawai Imigresen yang berdepan situasi sama dikenakan bayaran RM200 bagi penggantian pertama, RM500 bagi kali kedua dan RM1,000 bagi kes berikutnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ketika ini, rakyat Malaysia dikenakan bayaran RM200 untuk pasport dengan tempoh sah laku lima tahun, manakala warga emas menikmati kadar RM100.

Sumber: Berita Harian 

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Lokal

Sekumpulan enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Salak mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya menghasilkan kapsul kalsium daripada tulang ikan bandar raya yang...

Sukan

Insiden tegang mewarnai aksi final Piala Dunia 2026 apabila pemain Argentina dan Sepanyol terlibat dalam pergaduhan sejurus wisel penamat dibunyikan. Situasi tersebut tercetus selepas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd