Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Muhyiddin Yassin Dibenar Ikat Jamin RM2 Juta, Pasport Diserahkan

Bekas Perdana Malaysia ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin dibenarkan diikat jamin sebanyak RM2 juta oleh Mahkamah Syesyen selepas menghadapi 4 pertuduhan  menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi parti Bersatu dan dua pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram RM195 juta.

Pasport antarabangsa diserahkan kepada mahkamah

Memetik laporan Bernama, Hakim Azura Alwi membenarkan tertuduh diikat jamin oleh dua penjamin serta  memerintahkan Muhyiddin menyerahkan pasport antarabangsanya kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Terdahulu, Peguam Cara Negara Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh mencadangkan jaminan sebanyak RM2 juta dengan dua penjamin berserta syarat tambahan tertuduh perlu menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah.

Peguam Datuk K Kumaraendran yang mewakili Muhyiddin bersetuju dengan jumlah jaminan dan syarat tambahan itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Muhyiddin turut diwakili peguam Datuk Rosli Dahlan, Datuk Takiyuddin Hassan, Chetan Jethwani, Dev Kumaraendran, Mohamad Isa Mohamad Basir, Teh See Khoon dan Varsha Chelvi.

Hakim turut menetapkan 26 Mei untuk sebutan semula kes.

Sebelum ini, pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu mengaku tidak bersalah enam pertuduhan uang dikemukakan.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN)  itu telah tiba di mahkamah dengan memakai sut lengkap berwarna gelap dengan menaiki kenderaan Toyota Alphard pada 8.40 pagi ditemani isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Bernama

+ posts

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Polis tidak menolak kemungkinan beberapa lagi laporan polis akan dibuat oleh mangsa lain selepas seorang guru agama dicekup dipercayai meliwat tiga pelajar lelaki di...

Lokal

Ratu cantik Malaysia berjaya menawan Puncak Mera di tengah-tengah Banjaran Himalaya, Nepal sehingga kehilangan jari akibat luka beku. Memetik laporan Bernama, Datin Harveen Kaur...

Dunia

Gergasi farmaseutikal, AstraZeneca mengakui bahawa vaksin Covid-19 yang dibangunkan bersama Universiti Oxford boleh menyebabkan kesan sampingan selepas didakwa menyebabkan kematian dan kecederaan serius dalam...

Lokal

Syarikat pengeluaran kereta, Chery Auto Malaysia mencadangkan temu janji untuk menjalankan pemeriksaan rapi kepada pelanggan khuatir rentetan gandar belakang kereta yang patah baru-baru ini....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd