Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

MOT Larang Sementara Penggunaan Soket Elektrik 3-Pin, USB Di Dalam Bas

Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) mengambil keputusan untuk menghentikan penggunaan soket elektrik tiga pin dan pengecas mudah alih USB dalam bas awam selepas seorang remaja maut akibat renjatan elektrik baru-baru ini.

Foto: Sabah Gazzette

Menurut laporan Berita Harian, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengeluarkan surat pemakluman kepada semua pengendali bas pada 6 November lalu untuk menghentikan penggunaan semua soket dengan serta-merta.

“Kita pun kena lihat juga sebab takut dari segi pendawaian, bukan pada soket atau USB. Mangsa (renjatan yang maut) menggunakan USB. Dia (mangsa) bukan guna (soket) tiga pin, tetapi USB dipasang bersama dengan (soket) tiga pin.”
“Jadi sementara ini kita larang semua dulu sehingga pemeriksaan terhadap piawaian dalam bas dilakukan.
“Arahan ini berkuat kuasa sehingga polisi dan garis panduan pendawaian tambahan yang baharu dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan (MOT),” katanya pada sidang media di Dewan Rakyat hari ini.

Foto hiasan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Loke turut menekankan bahawa pengendali bas yang ingin menggunakan soket atau USB perlu mendapatkan kelulusan daripada Suruhanjaya Tenaga (ST).

APAD kini mewajibkan semua syarikat pengendali bas baharu dan sedia ada untuk mengemukakan keputusan laporan atau sijil pemeriksaan bagi proses pelesenan.

“Mereka hendaklah menjalani pemeriksaan pendawaian tambahan oleh badan pemeriksaan dan pengujian yang diakreditasi oleh Jabatan Standard Malaysia.”
“Ia membabitkan sistem pendawaian dan kelengkapan elektrik tambahan seperti kabel, soket alur keluar, peranti arus baki dan lain-lain yang digunakan oleh semua kenderaan perdagangan mempunyai pensijilan standard piawaian yang diiktiraf oleh badan pemeriksaan dan pengujian yang telah diakreditasi oleh Jabatan Standard Malaysia,” ujarnya.

Sumber: Berita Harian (Fahmy A Rosli)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd