Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

MOSTI Lancar Dasar Teknologi Nuklear Negara 2030, Tingkat Produktiviti Malaysia

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang telah melancarkan Dasar Teknologi Nuklear Negara (DTNN) 2030 di Putrajaya, semalam

Dasar itu digubal menggunakan pendekatan bersepadu dan holistik melibatkan pemegang taruh di pelbagai peringkat antaranya kementerian, agensi, institusi akademik, pemain industri, badan bukan kerajaan dan orang awam.

DTNN 2030 merupakan sebuah agenda negara bagi mengarusperdanakan penggunaan teknologi nuklear secara aman ke arah meningkatkan daya saing industri, mengukuhkan kesejahteraan rakyat serta memulihara sumber asli dan alam sekitar.

“DTNN 2030 ini merupakan dasar yang signifikan dalam usaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk merangka hala tuju strategik jangka panjang bagi memacu pembangunan teknologi nuklear negara sehingga tahun 2030. 
“Strategi dan inisiatif yang digariskan dalam dasar ini memberi penekanan untuk mewujudkan ekosistem teknologi nuklear negara yang mampan serta membentuk asas yang kukuh dalam mengarusperdanakan teknologi nuklear secara aman di Malaysia,” kata Chang dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, DTNN 2030 bertujuan memperluaskan tahap sumbangan teknologi nuklear kepada produktiviti Malaysia bagi menyokong aspirasi menjadi sebuah negara progresif dan mampan menjelang 2030.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, dasar ini telah menggariskan enam Sektor Fokus Utama antaranya perubatan dan penjagaan kesihatan, makanan dan pertanian, serta pembuatan peranti dan peralatan.

Antara sektor lain yang boleh meningkatkan keupayaannya melalui penggunaannya teknologi nuklear adalah pengurusan alam sekitar dan sumber asli, aplikasi perindustrian serta keselamatan dan sekuriti nuklear.

MOSTI selaku peneraju pelaksaan DTNN 2030 manakala Nuklear Malaysia berperanan sebagai agensi penyelaras untuk platform kerjasama nasional termasuk projek strategik berkaitan teknologi nuklear.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Iffa Sabrina
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelatih industri yang maut ketika menjalankan kerja pembersihan tangki air di Bandar Saujana Utama, Sungai Buloh menyifatkan pemergian anaknya sebagai satu kehilangan...

Sosial

Video seorang lelaki dipercayai suami yang terjerit-jerit di hadapan sebuah restoran makanan segera, tempat isterinya bekerja tular di media sosial sehingga mengundang kecaman netizen....

Sosial

Tindakan sekumpulan pelancong yang dipercayai dari Malaysia mencetuskan kemarahan ramai selepas didakwa menghina penduduk tempatan ketika bercuti di China. Tutup hidung dan menjerit-jerit di...

Sosial

Pasangan suami isteri yang tular selepas dipercayai bertengkar di sebuah restoran makanan segera di Senai tampil menjelaskan keadaan sebenar bagi menepis pelbagai spekulasi yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd