Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Dirakam Tanpa Kebenaran Dalam ‘Live’, Model Russia Terharu Sokongan Rakyat Malaysia

Model  Russia, Alice Kasimova, tampil meluahkan rasa terharu dan berterima kasih kepada rakyat Malaysia selepas dirinya menjadi mangsa rakaman tanpa kebenaran ketika sedang bersiaran langsung baru-baru ini.

Insiden tersebut mencetuskan kecaman ramai apabila seorang pempengaruh tempatan didakwa bertindak tidak sopan dan mengeluarkan kata-kata berbaur lucah, sekali gus dianggap melanggar privasi individu lain.

Model Russia bersyukur rakyat Malaysia tampil beri sokongan

Menerusi perkongsian di Threads, Alice mengakui terkesan dengan pengalaman pahit itu, namun tetap bersyukur apabila ramai rakyat Malaysia tampil memberi semangat serta dorongan untuknya membuat laporan polis.


“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah begitu baik dan menyokong saya. Pengalaman ini memang menyedihkan, tetapi kata-kata anda semua mengingatkan saya bahawa tindakan seorang individu tidak mencerminkan keseluruhan tempat. Malaysia ialah negara yang indah dengan rakyat yang ramah dan penuh hormat, dan saya telah merasai begitu banyak kasih sayang di sini,” tulisnya.

Model Russia berani buat laporan polis sebab dorongan rakyat Malaysia

Alice juga mengakui keberanian untuk membuat laporan polis datang hasil dorongan rakyat Malaysia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya tak akan berani ke balai polis kalau bukan kerana sokongan anda. Dan kepada para wanita, jangan biarkan sesiapa menyakiti anda walaupun hanya dengan kata-kata,” katanya.

Menurutnya, polis Malaysia kini sedang menyiasat kes berkenaan, dan dia akan memberikan keterangan selepas selesai percutiannya di Bali, Indonesia.


“Pegawai polis telah menghubungi saya dan meminta saya datang untuk beri kenyataan, tapi ketika itu saya sudah berada di lapangan terbang kerana akan berlepas ke Bali untuk percutian yang telah dirancang. Sebaik sahaja saya kembali ke Malaysia, saya akan ke balai polis. Polis Malaysia menunjukkan minat untuk menyiasat perkara ini,” jelasnya.

Menutup perkongsian, Alice sekali lagi menzahirkan rasa bangga terhadap kejujuran dan keadilan rakyat Malaysia.


model russia

Artikel lain: Live Berbaur Lucah : Lelaki Mohon Maaf Secara Terbuka – “Manusia Tak Lari Dari Kesilapan”

Dalam pada masa yang sama, memetik laporan daripada Harian Metro, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus  menyatakan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah pun membuka kertas siasatan berhubung laporan yang telah dibuat model  Russia terbabit.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau memaklumkan, kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Percutian sekumpulan pelancong Malaysia ke Indonesia bertukar cemas apabila mereka didakwa tidak menjelaskan bayaran bil makanan di sebuah restoran popular di Jakarta, sebelum akhirnya...

Lokal

Luahan seorang saksi kejadian ,Norharizan Hassan, 48, memaklumkan dirinya tampil berani menutup kepala mangsa yang telah putus dalam kemalangan ngeri yang meragut nyawa seorang...

Lokal

Seorang remaja lelaki maut dalam keadaan tragis selepas dipercayai putus kepala dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di sini pada Selasa. Dalam kejadian kira-kira jam...

Lokal

Seorang guru wanita sebuah sekolah menengah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas lima pertuduhan membabitkan amang seksual fizikal dan bukan fizikal terhadap seorang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd