Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

MITI Tak Pernah Umum Tesla Mahu Buka Kilang Di Malaysia – Tengku Zafrul

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menegaskan Tesla tidak pernah membuat komitmen untuk membuka kilang di Malaysia.

Tengku Zafrul menjelaskan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) perbincangan yang diadakan bersama pengasas Tesla, Elon Musk hanya membabitkan usaha menarik pelaburan sahaja.

Foto: Free Malaysia Today

“MITI pun tak pernah buat pengumuman Tesla akan buka kilangnya di Malaysia.
“Memang kita adakan perbincangan dengan Elon Musk dalam usaha menarik pelaburan, tetapi Tesla tidak pernah membuat komitmen untuk membuka kilang di sini,” katanya menerusi satu hantaran di X pada Khamis.

Beliau berkata, laporan yang diterbitkan oleh sebuah akhbar Thailand itu bukanlah kenyataan rasmi Tesla, sebaliknya hanya memetik sumber yang ‘anonymous’ ataupun tidak bernama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: X Tengku Zafrul

“Jadi, bila ditanya, jawapan saya ialah wartawan perlu semak kesahihan berita ini dengan Tesla, kerana sumber berita ini bukanlah Tesla,” ujarnya lagi.

Tengku Zafrul yang juga Bendahari UMNO Selangor itu memaklumkan tindakan kerajaan memberi pelbagai keistimewaan kepada Tesla adalah sebagai usaha mengukuhkan ekosistem EV di negara.

“Kerajaan telah memperkenalkan Inisiatif Peneraju Global Kenderaan Elektrik Bateri yang terbuka untuk mana-mana pembuat kenderaan EV.

Foto: NSTP

“Tujuan inisiatif ini ialah untuk meningkatkan rangkaian pengecas untuk kegunaan pemilik kenderaan EV tempatan dan juga meningkatkan penyertaan syarikat tempatan dalam ekosistem pengecasan EV,” jelasnya algi.

Beliau turut memberitahu MITI akan terus berusaha untuk menarik pelaburan berkualiti bagi mewujudkan lebih banyak pekerjaan untuk rakyat Malaysia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: X Tengku Zafrul

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pendaki wanita yang ditemukan selamat selepas tersesat selama dua minggu di hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, mengakui pengalaman getir yang dilaluinya membuatkan dia...

Spotlight

Pasangan selebriti Korea Selatan, Jung Kyung Ho dan Sooyoung dilaporkan telah menamatkan hubungan cinta mereka selepas 14 tahun bersama. Menurut laporan media tempatan pada...

Lokal

Isu penempatan komuniti Rohingya yang dikaitkan dengan sebuah flat tular di Sungai Tekali, Hulu Langat dipercayai berpunca daripada tindakan pemilik tanah yang membenarkan warga...

Sosial

Peserta rancangan MasterChef: Global Gauntlet, Jaime Tan, 27, tampil membuat permohonan maaf selepas hidangan ikonik Malaysia, roti canai, yang dipersembahkan beliau di pentas MasterChef...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd