Mekanik tular yang dikenali sebagai Abang Minyak Hitam atau nama sebenarnya, Mohd Yusof Mohd Noor meluahkan rasa syukur apabila mampu memiliki lori untuk digunakan bagi memperkembangkan lagi servis membaiki motosikal.
Impian yang tertanam tujuh tahun
Menerusi perkongsian di TikTok Abang Minyak Hitam memaklumkan impian yang sudah ditanam selama tujuh tahun akhirnya tercapai.
@minyakhitamjalanan_ ini la usaha kami berdua selame ini. alhamdulillah mimpi jadi kenyataan 🤲🏽 salam jumaat ✨ #fyp #masukberandafypシ #alhamdulillah
Ucap terima kasih kepada isteri
Dalam pada masa yang sama, dia juga menzahirkan rasa terima kasih kepada isteri tersayang yang menjadi tulang belakang selama ini sehingga berjaya mencapai cita-citanya.
“Terima kasih selama ini jadi tulang belakang saya.
“Alhamdulillah, lori kita dah siap. Selama 7 tahun kita usaha sama-sama. Terima kasih banyak.
“Mimpi jadi kenyataan.
“Kalau tiada dia (isteri), mungkin aku tiada di tahap ini.
“Terima kasih sebab selalu ada susah dan senang,’ tulisnya.
Semoga Allah sentiasa memelihara
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mendoakan agar urusan mekanik terbabit terus dipermudah dan gembira melihatnya sangat meratukan isteri tersayang.
Ratukan isteri, insha Allah rezeki sentiasa mengalir
Berkat doa ibu dan isteri tersayang
Abang Minyak Hitam Jalanan juga memaklumkan bahawa servis yang ditawarkan menggunakan lori bergerak itu meliputi kawasan Petaling Jaya bermula jam 2 petang sehingga 10 malam.
Sumber: TikTok minyakhitamjalanan






































