Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Air Mata Juara! Miki Ghazali Hadiahkan Pingat Emas Muay Thai Di Sukan SEA 2025

Petarung Muay Thai negara, Miki Ghazali Zulfikar, menepati ramalan apabila berjaya hadiahkan pingat emas buat Malaysia dalam acara featherweight 57 kilogram selepas menewaskan wakil tuan rumah, Sirilun Suphakon, di Stadium Lumpinee, Bangkok, sebentar tadi.

Hadiahkan Pingat Emas

Miki hadiahkan pingat emas

Memetik laporan daripada Astro Awani, walaupun baru berusia 16 tahun, Miki berdepan lawan yang tujuh tahun lebih berusia, namun aksi di atas gelanggang membuktikan kematangan dan ketenangannya ketika bertarung di pentas Sukan SEA 2025.

Hadiahkan Pingat Emas

Hadiahkan pingat emas selepas tewaskan lawan tuan rumah

Miki atau nama sebenar, Muhammad Mikail Ghazali bin Zulfikar menguasai dua pusingan awal dengan keputusan 10-9 sebelum tewas tipis 9-10 pada pusingan ketiga, namun kelebihan tersebut sudah memadai untuk membolehkannya meraih kemenangan keseluruhan 29-28 sekali gus memastikan emas menjadi milik negara.

Artikel lain: Sukan SEA 2025: Ratu Wusyu Hadiahkan Dua Emas Penutup Buat Kem Negara

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sejurus diumumkan sebagai pemenang, Miki yang ditemani abangnya, Johan Ghazali, kelihatan tidak dapat menahan emosi apabila bercucuran air mata, meluahkan kegembiraan dan kelegaan atas kejayaan besar yang dicapai di pentas Sukan SEA.

Sumber: Astro Awani 

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Aktivis Rohingya, Noor Azizah memuat naik satu hantaran di Instagram sempena kempen #Black4Rohingya yang menyeru orang ramai memakai pakaian hitam sebagai tanda solidariti terhadap...

Spotlight

Pempengaruh media sosial, Bob T20, mencuri perhatian ramai selepas berkongsi kisah peribadinya mengenai hubungan dan kehidupan lampau menerusi satu sesi podcast baru-baru ini. Menurut...

Lokal

Bapa kepada pelatih industri yang maut ketika menjalankan kerja pembersihan tangki air di Bandar Saujana Utama, Sungai Buloh menyifatkan pemergian anaknya sebagai satu kehilangan...

Sosial

Video seorang lelaki dipercayai suami yang terjerit-jerit di hadapan sebuah restoran makanan segera, tempat isterinya bekerja tular di media sosial sehingga mengundang kecaman netizen....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd