Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Mi Goreng RM5 Jadi Umpan, Warga Emas Cabul Dua Murid Dalam Stor Masjid

Perubahan tingkah laku dua murid perempuan sebuah sekolah rendah di Semabok, Melaka telah membongkar satu kejadian disyaki cabul yang melibatkan seorang lelaki warga emas berusia 73 tahun yang didakwa berulang kali melakukan perbuatan itu di sebuah stor masjid sejak kira-kira dua minggu lalu.

Cabul dalam stor masjid

Memetik laporan MalaysiaGazette, lelaki terbabit yang masih bujang dipercayai menggunakan taktik mengumpan mangsa dengan wang RM5 dan mi goreng sebelum membawa kedua-dua kanak-kanak itu ke stor masjid di kawasan berkenaan, sebelum meraba tubuh mangsa termasuk bahagian kemaluan.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, kejadian itu terbongkar selepas mangsa berkongsi pengalaman mereka dengan guru kaunseling sekolah, yang kemudiannya mendedahkan bahawa perbuatan itu dilakukan oleh seorang kariah masjid berhampiran sekolah mereka.

“Siasatan mendapati, suspek yang masih masih bujang dipercayai berkali-kali melakukan perbuatan tidak bermoral itu terhadap kedua-dua mangsa berusia lapan dan 10 tahun berulang kali dalam tempoh kira-kira dua minggu bermula 16 Jun lalu.
“Kejadian berlaku ketika kanak-kanak perempuan berkenaan menunggu ibu bapa atau penjaga mengambil mereka di kawasan berhampiran masjid selepas tamat sesi persekolahan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, hari ini.

Beliau berkata kesempatan itu digunakan suspek untük memujuk mangsa dengan menawarkan RM5 dan mi goreng sebelum membawa mereka masuk ke stor masjid tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Suspek yang merupakan kariah yang biasa hadir ke masjid itu dipercayai membawa mangsa ke dalam stor dan melakukan perbuatan tersebut.
“Kejadian ini bukan berlaku sekali, sebaliknya berulang kali dalam tempoh kira-kira dua minggu melibatkan kedua-dua murid perempuan malah turut meminta mangsa supaya merahsiakan perbuatannya itu,” jelasnya.

Artikel lain: Aiskrim Dijadikan Umpan, Sarjan Tentera Disyaki Cabul Kanak-Kanak Lima Tahun

Dzulkhairi berkata, kedua-dua penjaga mangsa kemudian tampil membuat laporan polis semalam dan suspek berjaya ditahan untuk siasatan lanjut.

“Suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” tambahnya lagi.

Sumber: MalaysiaGazette (Reza A Hamid)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kalau korang berada di Melaka hujung minggu ini, jangan terkejut kalau Morten Walk jadi antara lokasi paling meriah. Karnival Hebatkan Perniagaan Malaysia (KHPM) Edisi...

Lokal

Pelarian Rohingya di Malaysia perlu diberikan akses pekerjaan dan pendidikan secara sah menerusi sistem lebih tersusun bagi mengurangkan kebergantungan kepada bantuan serta mengelakkan mereka...

Bisnes

Perodua mengumumkan pengurangan sehingga 10 peratus ke atas kos alat ganti komponen penyelenggaraan termasuk caj buruh sebagai langkah membantu rakyat Malaysia berdepan tekanan kos...

Sukan

Petarung Muay Thai negara, Rifdean Masdor membuktikan bahawa kemenangan terbesar bukan sekadar menewaskan lawan di gelanggang, sebaliknya mengatasi cabaran dalam dirinya sendiri. Atlet berusia...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd