Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Meterai MoU, ITBM & UTM Bangun Sistem Terjemahan Dikuasakan AI

Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi membangunkan sistem terjemahan pintar dikuasakan kecerdasaan buatan (AI) di Kuala Lumpur pada Selasa.

Memetik laporan Bernama, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyifatkan kerjasama itu sebagai perkembangan yang sangat baik.

ITBM & UTM bangun sistem terjemahan dikuasakan AI

Menurut Zambry, ia menjadi satu daripada contoh untuk kekal selari dengan perkembangan teknologi AI dalam semua aspek.

“Apa yang kita dapati sekarana ini iakah banyak karya buku yang ditulis dalam pelbagai disiplin termasuk istilah teknikal, tetapi tidak diletakkan dalam satu bentuk rujukan khas.
“Jadi dengan usaha ini,bermakna semua isitilah yang berkaitan dengan pelbagai disiplin teknikal seperti perundangan dan sains, boleh dirujuk oleh mana-mana pihak dengan lebih mudah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di sidang media selepas pemeteraian MoU berkenaan di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur pada Selasa.

Sementara itu, ITBM diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Sakri Abdullah manakala UTM diwakili Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Prof Dr Rosli Md Illias.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pemeteraian MoU bagi membangunkan mesin terjemahan pintar yang dijenamakan sebagai AI Powered Language Translation System (MyTranslate) turut disaksikan oleh Zambry.

MoU berkenaan menggariskan kerjasama yang menggabungkan kepakaran UTM yang memiliki fakulti AI dan ITBM dalam pemilikan data penterjemahan untuk membangunkan My Translate, selain menyaksikan pejabat satelit UTM-ITBM akan ditubuhkan di UTM Johor Bahru, Johor.

Dalam pada itu, Sakri menerusi siaran media berkata terdapat keperluan untuk satu sistem terjemahan yang mengangkat Bahasa Melayu.

Oleh kerana itu, ITBM sebagai peneraju utama industri terjemahan di Malaysia mengambil tanggungjawab untuk memastikan Bahasa Melayu digunakan dengan tepat dan betul.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“ITBM mengakui dan menghargai kewujudan sistem terjemahan lain yang sedia ada seperti Google Translate dan Bing Microsoft Translator.
“Namun tanggungjawab untuk mengangkat Bahasa Melayu dan memastikan penggunaannya yang betul dan tepat, tidak dapat direalisasikan melalui penggunaan sistem ini.
“Maka ada keperluan satu sistem serupa diwujudkan dalam konteks Malaysia,” ujarnya.

Sumber: Bernama

Anis Rabiatul
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pendaki wanita yang ditemukan selamat selepas tersesat selama dua minggu di hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, mengakui pengalaman getir yang dilaluinya membuatkan dia...

Spotlight

Pasangan selebriti Korea Selatan, Jung Kyung Ho dan Sooyoung dilaporkan telah menamatkan hubungan cinta mereka selepas 14 tahun bersama. Menurut laporan media tempatan pada...

Sosial

Peserta rancangan MasterChef: Global Gauntlet, Jaime Tan, 27, tampil membuat permohonan maaf selepas hidangan ikonik Malaysia, roti canai, yang dipersembahkan beliau di pentas MasterChef...

Lokal

Isu penempatan komuniti Rohingya yang dikaitkan dengan sebuah flat tular di Sungai Tekali, Hulu Langat dipercayai berpunca daripada tindakan pemilik tanah yang membenarkan warga...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd