Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Messi Sebak Gagal Pertahan Piala Dunia, Akui Sepanyol Lebih Layak Bergelar Juara

Kapten Argentina, Lionel Messi tidak mampu menyembunyikan kekecewaan apabila impian untuk mempertahankan kejuaraan Piala Dunia 2026 tidak kesampaian selepas tewas 0-1 kepada Sepanyol pada aksi final di Stadium New York, awal pagi semalam.

Kekalahan itu menyaksikan La Albiceleste gagal mengulangi kejayaan edisi lalu apabila Sepanyol tampil lebih dominan sepanjang perlawanan dengan menguasai 68 peratus penguasaan bola selain mencipta 20 percubaan ke arah gol.

Harapan Argentina untuk membawa perlawanan ke penentuan sepakan penalti berkecai apabila pemain gantian Sepanyol, Ferran Torres muncul wira selepas menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-106.

Messi yang menjadi tonggak utama Argentina sepanjang kempen Piala Dunia kali ini mengakui kecewa dengan keputusan tersebut, namun tetap memberikan penghargaan kepada Sepanyol yang mempamerkan aksi lebih baik.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Memang tidak dapat dinafikan saya sangat sedih dan kecewa dengan kekalahan ini saya tahu semua pemain sudah memberikan segala-galanya sepanjang perlawanan. Oleh itu, tidak ada apa yang perlu dimalukan.
“Kredit kepada Sepanyol kerana mereka menampilkan aksi jauh lebih baik berbanding kami. Kami tewas dan menerima keputusan dengan hati terbuka, tetapi tidak bermakna kami melupakan pencapaian di sini,” katanya.

Final tersebut dipercayai menjadi penampilan terakhir Messi dalam pentas Piala Dunia selepas pemain berusia 39 tahun itu sebelum ini mengakui tidak berhasrat beraksi pada edisi 2030 yang bakal berlangsung di Maghribi, Portugal dan Sepanyol.

Walaupun gagal membantu Argentina mempertahankan trofi, Messi tetap mencipta kempen cemerlang apabila meledak lapan gol dan menghasilkan empat bantuan jaringan sepanjang kejohanan.

Artikel lain: Final Piala Dunia 2026: Tolak Gavi, Paredes Mohon Maaf Akui Gagal Kawal Emosi -“Hormat Lawan Anda”

Bagaimanapun, pencapaian itu belum cukup untuk mengatasi penyerang Perancis, Kylian Mbappe yang muncul penjaring terbanyak kejohanan sekali gus menafikan peluang Messi meraih anugerah Pemain Terbaik Piala Dunia 2026.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Prestasi kurang menyerlah di pentas final turut menutup peluang Messi untuk menambah satu lagi penghargaan individu, meskipun pengaruhnya terhadap perjalanan Argentina sejak peringkat kumpulan kekal menjadi perhatian.

Sumber: IG Leo Messi

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Lokal

Sekumpulan enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Salak mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya menghasilkan kapsul kalsium daripada tulang ikan bandar raya yang...

Sukan

Insiden tegang mewarnai aksi final Piala Dunia 2026 apabila pemain Argentina dan Sepanyol terlibat dalam pergaduhan sejurus wisel penamat dibunyikan. Situasi tersebut tercetus selepas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd