Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

McDonald’s Malaysia Sasar Buka 750 Restoran Menjelang 2030

McDonald’s Malaysia sasar pembukaan 750 restoran makanan segera itu di seluruh negara menjelang 2030 sekali gus mewujudkan peluang pekerjaan kepada orang ramai.

Pengarah Urusan dan Rakan Operasi McDonald’s Malaysia merangkap Presiden Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RHMC) Malaysia Datuk Azmir Jaafar berkata, setakat ini, mereka mempunyai 370 restoran di seluruh negara dengan 32 restoran baharu dibuka tahun lepas.

McDonald’s Malaysia sasar 750 restoran

Artikel lain: McDonald’s Malaysia Saman Gerakan Galak Boikot, Tuntut Ganti Rugi RM6 Juta

“Ini adalah visi McDonald’s Malaysia dan kami akan melakukan yang terbaik untuk memastikan ia menjadi realiti. Selain memberi tumpuan kepada lokasi bandar-bandar utama, McDonald’s juga giat mencari peluang membuka restoran kami di kawasan pinggir bandar atau luar bandar.
“Ia bagi memberi akses mudah kepada pelanggan selain peluang pekerjaan yang lebih meluas kepada masyarakat setempat,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian McDonald’s pandu lalu Rembau yang disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perindustrian dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri Teo Kok Seong, semalam.

Azmir berkata, di Negeri Sembilan, terdapat 20 restoran makanan segera itu dan pada tahun ini, tiga lagi restoran dijangka dibuka iaitu di Gemas, Rasah dan Mambau bagi memenuhi permintaan pelanggan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, beliau berkata, secara purata, satu restoran McDonald’s menyediakan 50 hingga 100 peluang pekerjaan kepada penduduk setempat tidak termasuk vendor atau kontraktor tempatan yang terbabit dalam usaha pembinaan atau penyelenggaraan restoran.

Jelasnya, pembukaan restoran baharu juga secara langsung membuka peluang untuk rakyat tempatan mempelajari kemahiran baharu, di samping menaikkan lagi taraf ekonomi masing-masing.

Sementara itu, Azmir berkata, meskipun McDonald’s Malaysia kini dilanda cabaran besar disebabkan boikot yang berlaku, pihaknya akan tetap berusaha sedaya upaya memberikan yang terbaik dan semampunya kepada mereka yang memerlukan menerusi pelbagai aktiviti kemasyarakatan.

“Setiap tahun, lebih 18,000 aktiviti kemasyarakatan dianjurkan bagi mewujudkan impak positif dalam masyarakat termasuk pada Oktober lepas, yang juga Bulan Komuniti McDonald’s dan RMHC, kami mengadakan parti hari jadi membabitkan lebih 12,000 anak yatim dari 400 rumah anak yatim di seluruh negara.
“Sepanjang Disember pula, McDonald’s aktif memberi sumbangan berupa makanan dan barangan keperluan harian kepada mangsa banjir di Pantai Timur bagi meringankan beban mereka,” katanya.

Pada majlis hari ini juga, McDonald’s Malaysia dan RHMC turut menyumbang Pek Kembali Ke Sekolah bernilai RM120,000 kepada 800 kanak-kanak sekolah rendah daripada keluarga kurang berkemampuan di Negeri Sembilan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Azmir berkata sejak diperkenalkan pada 2017, seramai 157,000 kanak-kanak di seluruh negara menerima manfaat daripada program itu termasuk hampir 8,000 kanak-kanak di negeri ini.

Selain itu, pihaknya turut menyerahkan pembayaran zakat perniagaan bagi tahun lepas berjumlah RM110,000 kepada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains) untuk diagihkan kepada golongan asnaf di negeri ini dan sehingga kini sejumlah RM651,000 zakat perniagaan telah dibayar kepada Mains.

“McDonald’s Malaysia mula membayar zakat pada 2017 apabila diambil alih oleh Lionhorn Pte Ltd yang juga anak syarikat Reza Group dari Arab Saudi sekali gus menjadikan McDonald’s Malaysia sebagai sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh orang Islam.
“Apabila menyebut mengenai tanggungjawab sebagai orang Islam, kita hari ini tak dapat lari membincangkan konflik yang berlaku di Palestin. Saya menyatakan sokongan kami kepada mereka yang terjejas di Gaza melalui sumbangan RM1 juta kepada Dana Kemanusiaan Palestin di bawah Jabatan Perdana Menteri baru-baru ini,” katanya.

Katanya, kakitangan McDonald’s di seluruh Malaysia turut mengambil inisiatif sendiri mengumpul dana tambahan sebanyak RM100,000 yang disumbangkan kepada MyCARE untuk membantu rakyat Palestin.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.
+ posts

Nur Ain
Written By Nur Ain

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Politik

BERSATU membuat keputusan untuk memecat Ahli Parlimen Tanjong Karang, Zulkafperi Hanapi dan Ahli Dewan Negeri (Adun) Selat Kelang, Abdul Rashid Asari berkuat kuasa serta...

Sukan

Semangat kelab pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang menunjukkan sikap profesional dan komited untuk meneruskan perlawanan meraih pujian Menteri Besar (MB) Johor. Menerusi perkongsian...

Kolumnis

Malaysia sebuah negara yang mempunyai kepadatan penduduk sebanyak 33.7 juta (DoSM, 2024). Daripada jumlah penduduk ini, generasi dan usia dibahagikan kepada beberapa lapisan iaitu...

Nasional

Malaysia Artificial Intelligence Nexus 2024 (MY AI NEXUS) dianjurkan bagi mengumpulkan pakar-pakar tersohor dalam bidang kecerdasan buatan (artificial intelligence atau AI), universiti, industri, agensi-agensi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd