Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kereta Terjunam Di Sungai Panchor, Pemandu Ditemukan Lemas

Misteri kehilangan seorang lelaki yang dikhuatiri lemas selepas keretanya terjunam ke dalam Sungai Panchor, di pekan Pagoh semalam, akhirnya terjawab apabila mayatnya ditemui awal pagi tadi.

Mayat lelaki dalam kereta terjunam

Menurut laporan Malaysia Gazette, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pagoh, Pegawai Bomba Kanan II Mohd. Noramin Aza, berkata mayat mangsa dikenali sebagai Mud Husni Mahmud, 47, ditemukan pada 1.01 pagi di dalam kereta yang berjaya dibawa naik menggunakan bantuan kren.

kereta terjunam

Foto: Sinar Harian

“Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Tambah beliau, operasi mencari dan menyelamat (SAR) melibatkan 20 anggota termasuk Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari BBP Muar.

Artikel lain: Kereta Terjunam Dalam Sungai Panchor, Seorang Lelaki Dikhuatiri Lemas

Operasi turut menggunakan pelbagai aset termasuk jentera Fire Rescue Tender (FRT), lori tiga tan, Nissan Navara, dua bot fiber, pacuan empat roda, dan Rapid Rescue Vehicle (RRV).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Operasi SAR tersebut tamat pada 1.38 pagi.

kereta terjunam

Foto: Sinar Harian

Terdahulu, media melaporkan seorang lelaki dilaporkan hilang selepas keretanya dipercayai terbabas dan terjunam ke dalam sungai itu pada 2.30 petang semalam.

Susulan kejadian, operasi SAR digerakkan oleh BBP Pagoh dan BBP Muar dengan bantuan polis, Kementerian Kesihatan (KKM) serta Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Sebelum itu, tular di media sosial mengenai kejadian sebuah kereta terjunam ke dalam sungai, yang pada awalnya didakwa melibatkan pasangan suami isteri.

kereta terjunam

Foto: Sinar Harian

Sumber: Malaysia Gazette (Zulhisham Isahak)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Spotlight

Pempengaruh media sosial, Ammar Nazhan selamat bertunang dengan kekasih hatinya, Elya Maisara dalam sebuah majlis pada Sabtu di Johor Bahru, Johor. Sedondon tema matcha...

Sosial

Seorang suami meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa isterinya, yang dikenali sebagai Nurul Ain Syakinah Abdullah terlibat dalam hubungan curang bersama bekas teman lelakinya, dikenali...

Dunia

Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul, melancarkan kempen ‘Thai Help Thai’ bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat dengan menurunkan harga lebih 3,000 barangan keperluan harian...

Sosial

Seorang Profesor dan Pakar Perunding Kanan Ortopedik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Mohd Yazid Bajuri, mencipta sejarah apabila menghasilkan kaki palsu mesra Muslim...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd