Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kereta Terjunam Dalam Sungai Panchor, Seorang Lelaki Dikhuatiri Lemas

Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas kereta yang dipandunya terjunam ke dalam Sungai Panchor di pekan Pagoh, petang tadi.

Kereta terjunam di Sungai Panchor

Memetik laporan daripada Utusan Malaysia, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pagoh, Pegawai Bomba Kanan I Nor Alfatah Omar menyatakan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu sekitar pukul 2.47 petang.

“Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Saga berwarna hitam terjunam ke dalam sungai akibat kemalangan.
“Maklumat daripada saksi di tempat kejadian terdapat mangsa masih dalam kenderaan dipercayai pemandu kereta tersebut,” katanya.

SAR giat dijalankan di Sungai Panchor

Beliau memaklumkan, operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang giat dijalankan, namun identiti mangsa masih belum dikenal pasti.

Seramai 14 anggota BBP Pagoh bersama Pasukan Penyelamat di Air (PPD) BBP Muar dikerahkan ke lokasi dengan menggunakan tiga jentera dan sebuah bot fiber. Lokasi kejadian terletak kira-kira 5 kilometer dari balai berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

sungai panchor

Artikel lain: Mesin Padi Terjunam Dalam Sungai: Remaja Lelaki Ditemui Lemas, Bapa Reda Wajah Anak Bersih & Tenang

Terdahulu, kejadian itu tular di media sosial apabila orang ramai memuat naik rakaman sebuah kereta dipercayai terjatuh ke dalam sungai, dengan dakwaan awal mengatakan ia melibatkan pasangan suami isteri.

Setakat ini, operasi menyelamat masih diteruskan bagi mengesan mangsa dan mengeluarkan kenderaan yang tenggelam di dasar sungai.

Sumber: Utusan Malaysia (Farahwahida Ahmad)
Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Sekumpulan enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Salak mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya menghasilkan kapsul kalsium daripada tulang ikan bandar raya yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd