Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Mayat Lelaki Berbau Dalam Kereta, Ditemui Setelah 12 Jam Kemalangan

Mayat seorang lelaki yang sudah berbau busuk telah ditemui di dalam parit di Jalan Kampung Rahmat di Seri Gading pada 29 November 2023.

Sudah 12 jam kemalangan

Menerusi kenyataan yang dibuat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Johor telah menerima panggilan kecemasan kemalangan jalan raya melalui talian terus ke balai kira-kira jam 9.56 pagi.

 Mayat lelaki berbau dipercayai meninggal di tempat kejadian

Susulan daripada itu, pihak Bomba dan Penyelamat telah bergegas ke lokasi kejadian diketuai Komander Operasi diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II KUP Maszali Bin Sarip.

Menurut komander operasi, setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian, didapati  berlaku kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Corolla telah terbabas melanggar pokok.

Terdapat seorang mangsa cedera dan tersepit di dalam kereta. PKO bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas menyelamat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

mayat lelaki berbau

Mayat lelaki berbau ditemui dalam parit

Memetik laporan dari Kosmo! Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani memaklumkan yang mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam parit di bahu jalan itu.

“Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan bahagian dalaman badan menyebabkannya meninggal di tempat kejadian. Semakan juga mangsa yang bernama Lee Wee Sheng yang beralamat di Batu Pahat,” katanya.

mayat lelaki berbau

Mayat mangsa  kemudian dirujuk ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor, Kosmo! (Adnan Ibrahim)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd