Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Mas Ermieyati Sah Diumum Sebagai Ketua Srikandi Bersatu

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dari Bahagian Masjid Tanah sah diumumkan sebagai Ketua Srikandi Malaysia bagi penggal 2024-2027 selepas menang tanpa bertanding.

Memetik laporan Malaysiakini, keputusan itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Bersatu, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi pada majlis Pengumuman Keputusan Pemilihan Srikandi dan Srikandi Muda di ibu pejabat Bersatu pada Isnin.

Foto: MalaysiaPost

Pada majlis sama, Nurul Ezzati Azmi dari Bahagian Kapar diumum Ketua Srikandi Muda Malaysia manakala naib ketua dimenangi Nabila Norsahar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Abdul Azim berkata, sejumlah 181 Srikandi dan Srikandi Muda Bahagian telah berjaya menjalankan persidangan masing-masing pada Sabtu lalu dan telah dihadiri sejumlah 6,852 perwakilan.

Beliau berkata, tugas JPP Pusat bukan hanya sekadar memuktamadkan penjumlahan undi yang diterima oleh calon-calon, tetapi perlu memastikan tatacara dan peraturan pemilihan telah dipatuhi.

Foto: Sinar Harian

“JPP juga perlu memastikan prosedur pengundian dan pengiraan undi telah dijalankan dengan tertib dan teratur dalam Persidangan Srikandi dan Srikandi Muda Bahagian yang telah berlangsung di seluruh negara.
“JPP telah meneliti aduan dan bantahan yang diterima berkaitan pemilihan yang telah berlangsung dan telah membuat keputusan yang sewajarnya mengikut bidang kuasa yang dimiliki oleh JPP,” katanya.

Semalam, JPP Bersatu dalam kenyataannya mengesahkan sudah menerima keputusan pemilihan jawatankuasa dari 296 persidangan Srikandi Bahagian, Armada bahagian dan Srikandi Muda Bahagian di seluruh negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bulan lalu, JPP memaklumkan 46 pencalonan bagi jawatankuasa Srikandi, 53 calon Armada, 39 calon Srikandi Muda dan 27 calon Sayap Bersekutu Malaysia yang layak bertanding.

Sumber: Malaysiakini 

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kalau korang berada di Melaka hujung minggu ini, jangan terkejut kalau Morten Walk jadi antara lokasi paling meriah. Karnival Hebatkan Perniagaan Malaysia (KHPM) Edisi...

Lokal

Pelarian Rohingya di Malaysia perlu diberikan akses pekerjaan dan pendidikan secara sah menerusi sistem lebih tersusun bagi mengurangkan kebergantungan kepada bantuan serta mengelakkan mereka...

Sukan

Petarung Muay Thai negara, Rifdean Masdor membuktikan bahawa kemenangan terbesar bukan sekadar menewaskan lawan di gelanggang, sebaliknya mengatasi cabaran dalam dirinya sendiri. Atlet berusia...

Nasional

Seramai 4,300 usahawan di negeri ini menerima manfaat pembiayaan hampir RM100 juta yang diluluskan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bagi membantu mengembangkan perniagaan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd