Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

MAS & AirAsia Batal Penerbangan KLIA Dari/Ke Sabah, Sarawak Akibat Letusan Gunung Ruang

Syarikat Penerbangan Malaysia, Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia membatalkan beberapa penerbangan Kuala Lumpur ke Sabah dan Sarawak serta dari Sabah dan Sarawak ke Kuala Lumpur susulan letusan Gunung Ruang, Indonesia hari ini.

Menurut satu laporan Buletin TV3, MAS memaklumkan sebanyak 11 penerbangan Sabah dan Kuala Lumpur telah dibatalkan dengan serta merta.

“Adalah penerbangan MH7420 (KUL-TWU), MH7421 (TWU-KUL), MH2612 (KUL-BKI), MH2621 (BKI-KUL), MH2710 (KUL-SDK), MH2711 (SDK-KUL), MH2610 (KUL-BKI), MH2611 (BKI-KUL), MH7404 (KUL-BKI), MH7405 (BKI-KUL) dan MH2613 (BKI-KUL),” katanya.

Foto: Google

MAS turut melaporkan bahawa penerbangan melibatkan Kuala Lumpur dan Sarawak juga dibatalkan berikutan letusan yang berlaku di negara jiran tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Lapan penerbangan Sarawak dan Kuala Lumpur yang dibatalkan adalah MH2520 (KUL-KCH); MH2513 (KCH-KUL); MH2542 (KUL-KCH); MH2543 (KCH-KUL); MH2574 (KUL-MYY); MH2575 (MYY-KUL); MH2742 (KUL-BTU) dan MH2473 (BTU-KUL).
“Memandangkan keadaan berubah-ubah, Malaysia Airlines akan terus memantau secara dekat sebarang perkembangan terkini. Maklumat lanjut mengenai pembatalan penerbangan akan dikemas kini dan dimaklumkan terus kepada penumpang yang terjejas,” ujarnya.

Pihak MAS berkata, keselamatan penumpang dan anak kapal menjadi keutamaan dan sedang berusaha untuk membantu penumpang yang terjejas akibat pembatalan tersebu.

Difahamkan, penerbangan yang dibatalkan akan ditukar kepada penerbangan alternatif sebaik sahaja keadaan bertambah baik.

Foto: FB Fly AirAsia

“Penumpang diminta untuk mengemas kini butiran hubungan mereka melalui My Booking di laman web Malaysia Airlines untuk menerima kemas kini dari semasa ke semasa melalui e-mel dan SMS,” tambahnya lagi.

Sementara itu, AirAsia pula melaporkan terpaksa membatalkan 16 penerbangan melibatkan Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak untuk menjamin keselamatan anak kapal serta penumpang mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Semua penumpang terjejas boleh membuat perubahan sekali kepada mana-mana tarikh perjalanan baharu, dalam tempoh 30 hari dari tarikh berlepas asal pada laluan yang sama tanpa kos tambahan, tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk,” katanya.

Pembatalan penerbangan serta merta ini dibuat susulan Amaran Bahaya Debu Gunung Berapi di Sulawesi Utara, Indonesia dikeluarkan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) yang memberi impak kepada operasi penerbangan di Wilayah Maklumat Penerbangan (FIR) Kota Kinabalu hari ini.

Sumber: Buletin TV3

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kalau korang berada di Melaka hujung minggu ini, jangan terkejut kalau Morten Walk jadi antara lokasi paling meriah. Karnival Hebatkan Perniagaan Malaysia (KHPM) Edisi...

Lokal

Pelarian Rohingya di Malaysia perlu diberikan akses pekerjaan dan pendidikan secara sah menerusi sistem lebih tersusun bagi mengurangkan kebergantungan kepada bantuan serta mengelakkan mereka...

Sukan

Petarung Muay Thai negara, Rifdean Masdor membuktikan bahawa kemenangan terbesar bukan sekadar menewaskan lawan di gelanggang, sebaliknya mengatasi cabaran dalam dirinya sendiri. Atlet berusia...

Nasional

Seramai 4,300 usahawan di negeri ini menerima manfaat pembiayaan hampir RM100 juta yang diluluskan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bagi membantu mengembangkan perniagaan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd