Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Makcik Nyaris Jadi Mangsa! Ingatkan Ikan Gigit Kaki, Rupanya Muncung Buaya

Seorang wanita warga emas nyaris maut dibaham buaya di Sungai Timun, Lubok China, Alor Gajah, Melaka pada Jumaat lalu.

Menurut laporan Harian Metro, kejadian berlaku pada jam 4 petang ketika Nurkaisa Ausad dalam perjalanan pulang ke Pangkalan Nelayan Sungai Timun.

Mangsa berusia 65 tahun berkata, kaki kanannya yang terjuntai di dalam air disambar sesuatu dan ditarik ke dalam sungai selepas selesai menangkap udang galah bersama beberapa nelayan yang lain.

“Sebaik mula menimba air dari dalam perahu, kaki kanan saya yang terjuntai di dalam air disambar sesuatu dan ditarik ke dalam sungai.
“Mujur saya sempat memegang tali bot dengan kuat hingga buaya itu tidak dapat mengheret saya ke tengah sungai.

“Dalam kesakitan itu saya mengendurkan sedikit tali perayu dan menyelam sebelum terpegang bahagian hidung buaya itu.
“Saya pegang sekuat hati bahagian hidung buaya itu dan meronta-ronta hingga ia melepaskan gigitan,” katanya.

Dia kemudiannya menendang buaya bersaiz besar itu sebelum berenang naik ke perahu dan menjerit meminta tolong.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya ingatkan (ikan) toman gigit kaki sebab memang ada toman besar di situ. Bila menyelam dan terpegang muncung dan hidungnya…baru mak cik tahu ia adalah buaya.
“Akibat gigitan buaya itu, mak cik cedera dari bahagian tumit hingga keting. Malah pembedahan terpaksa dilakukan kelmarin susulan kecederaan dialami,” ujarnya.

Ibu kepada empat orang cahaya mata berkata, ia merupakan kejadian pertama diserang buaya sepanjang hampir 20 tahun menangkap udang galah di sungai yang sama.

Sementara itu, Nurkaisa meluahkan rasa syukur kerana terselamat selain menyatakan dirinya tidak pasti sama ada sudah serik mencari udang galah atau sebaliknya.

“Saya bersyukur terselamat…setiap kali turun ke sungai hanya berdoa dan bertawakal kepada Allah SWT,” kongsinya.

MOHD Noor Helmy (kiri) menziarahi Nurkaisa di HTJ, Seremban.

Kejadian itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan dari bahagian tumit hingga keting mangsa dan terpaksa menjalani pembedahan.

Mangsa kini sedang dirawat di wad Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) dan doktor menasihatinya untuk berehat terlebih dahulu.

Sumber: Harian Metro (Meor Riduwan Meor Ahmad) & Tiktok @mnhelmy

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pusat Komunikasi Masyarakat (KOMAS) mengecam gelombang kebencian terbaru yang disasarkan terhadap pelarian Rohingya di Malaysia susulan satu petisyen di platform Change.org yang didakwa mengandungi...

Sosial

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) membuat laporan polis berhubung satu video tular di media sosial yang memaparkan seorang lelaki mendakwa berasal dari Myanmar dan mengakui...

Lokal

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjelaskan kehadiran anggotanya di kawasan pintu masuk Balai Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin di sini adalah semata-mata bagi tujuan kawalan...

Lokal

Hospital Segamat memerlukan tambahan 49 Pegawai Perubatan (MO) bagi memastikan sistem penyampaian perkhidmatan kesihatan di fasiliti berkenaan dapat beroperasi pada tahap lebih ideal dan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd