Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

MAIS Bantu Sucikan Harta, Anjur Kempen Kesedaran Wang Tidak Patuh Syariah

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) lancarkan Kempen Bulan Kesedaran Penyaluran Wang Tidak Patuh Syariah ke Baitulmal MAIS di Shah Alam, hari ini bagi bantu sucikan harta orang ramai.

Kempen ini bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai untuk mengurus harta secara bijaksana seperti yang dituntut oleh hukum syarak.

Ia dilancarkan oleh Pengerusi MAIS, Tan Sri Datuk Seri Abd Aziz Mohd Yusof dalam Majlis Perasmian Seminar Harta Halal Berkat dan Pelancaran Kempen Bulan Kesedaran Penyaluran Wang Tidak Patuh Syariah ke Baitulmal MAIS Tahun 2023.

Artikel lain: Ustaz Azhar Idrus Lulus Tauliah Beri Ceramah & Mengajar Agama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk pengetahuan semua, Wang Tidak Patuh Syariah merupakan wang atau harta tidak patuh syariah yang diperoleh daripada sumber haram seperti transaksi riba.

Selain itu, hasil jualan barang curi, duit rasuah, hasil rompakan, duit loteri dan perlindungan insurans konvensional juga merupakan wang tidak patuh syariah.

“Sebagai sebuah organisasi ulung yang bertanggungjawab mentadbir dan memegang amanah harta-harta orang Islam, MAIS berperanan untuk menyampaikan maklumat dan pengetahuan kepada seluruh umat Islam betapa pentingnya mengurus harta dengan sempurna berlandaskan hukum syarak,” kata Abd Aziz.

MAIS bantu sucikan harta

Kempen yang dijadualkan bermula 15 November sehingga 13 Disember 2023 adalah inisiatif MAIS dalam mengajak orang ramai untuk membersihkan harta mereka agar kehidupan dipenuhi dengan keberkatan.

Melalui kempen ini, MAIS berharap agar masyarakat mempunyai kesedaran yang tinggi dalam memastikan setiap aktiviti atau perniagaan yang diceburi mengikut hukum syarak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hasil daripada wang tidak patuh syariah ini akan digunakan untuk membantu orang ramai dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, perubatan dan pembinaan infrastruktur.

Untuk maklumat lanjut berkenaan kempen ini, orang ramai bolehlah mengikuti media sosial MAIS di Facebook Majlis Agama Islam Selangor.

Bagi masyarakat yang ingin melupuskan Wang Tidak Patuh Syariah bolehlah dibuat secara tunai atau cek di kaunter Baitulmal ibu pejabat.

Selain itu, orang ramai juga boleh melupuskan wang tersebut di pejabat-pejabat agama daerah Selangor atau melalui sistem bayaran atas talian di www.mais.gov.my.

Advertisement. Scroll to continue reading.

MAIS juga telah melantik pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) sebagai ejen kutipan Wang Tidak Patuh Syariah semenjak tahun 2020

Pada masa yang sama, orang ramai juga boleh membuat bayaran di semua premis kaunter LZS atau melalui e-Zakat Pay di laman web LZS.

Anis Rabiatul
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tenaga Nasional Berhad tampil menjelaskan isu tular melibatkan sebuah keluarga di Kampung Kuala Sat, Ulu Tembeling, Jerantut yang didakwa hidup hampir 13 tahun tanpa...

Dunia

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dilaporkan menangguhkan rancangan serangan terhadap Iran minggu ini selepas menerima amaran daripada sekutu negara Teluk dan pegawai pentadbirannya sendiri...

Dunia

Tentera Israel didakwa bertindak kejam terhadap peserta Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 yang kini ditahan di Penjara Ktziot termasuk penggunaan senjata perenjat elektrik (taser)...

Sukan

Impian beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei untuk melangkah ke separuh akhir Kejohanan Badminton Malaysia Masters 2026 tidak kesampaian selepas tewas kepada...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd