Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Mahar Seribu Ringgit, Putera Mateen & Dayang Anisha Kini Suami Isteri

Dengan sekali lafaz, Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah selamat diijabkabul bersama wanita pilihan hatinya, Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah kira-kira 2.17 petang hari ini dalam Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan, Brunei.

Majlis tersebut berlangsung dengan penuh istiadat Brunei selain turut berkenaan disaksikan oleh Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah serta kaum kerabat diraja.

Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja berkenaan disiarkan secara langsung oleh Radio Televisyen Brunei (RTB) dan Putera Meteen kelihatan segak mengenakan busana serba putih.

Putera Mateen Dayang Anisha

Istiadat tersebut dimulakan dengan menyalakan Dian Empat oleh awang-awang yang mengiringi Putera Mateen sebagai lambang keunikan adat Istiadat Diraja Brunei.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, Awang Adam Abdullah iaitu bapa penganting diraja perempuan meminta Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama, Datuk Seri Paduka Setia Awang Salim menikahkan Dayang Anisha dengan mahar sebanyak seribu ringgit.

Sebaik sahaja lafaz ijab kabul dilafazkan, Putera Mateen menghadap ayahanda untuk meminta restu  sebelum bersurai keluar dari perkarangan masjid.

Sebanyak 17 das tembakan dilepaskan sebagai tanda Istiadat Akad Nikah Diraja telah sempurna dan diakhiri dengan bacaam doa selamat.

Artikel lain: Putera Mateen Dan Dayang Anisha Rasmi Bertunang

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum ini, Majlis Istiadat Menghantar dan Menerima Tanda Diraja serta Pertunangan Diraja telah berlangsung pada 9 Januari lalu.

Istiadat perkahwinan anakanda kesepuluh Sultan Brunei ini berlangsung selama 10 hari, dimulakan dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja pada 7 Januari lalu.

Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja akan berlangsung di Istana Nurul Iman pada 14 Januari dan Majlis Persantapan Diraja dijadual pada 15 Januari.

Sekadar info, Putera Mateen,33,  merupakan anakanda Sultan Brunei, Sultan Hassanal bersama Datin Paduka Seri Mariam Abdul Aziz. Dayang Anisha, 29, pula merupakan cucu kepada Pehin Datuk Isa, yang merupakan penasihat khas kepada Sultan Brunei.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: FB RTB News 

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pendaki wanita yang ditemukan selamat selepas tersesat selama dua minggu di hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, mengakui pengalaman getir yang dilaluinya membuatkan dia...

Lokal

Isu penempatan komuniti Rohingya yang dikaitkan dengan sebuah flat tular di Sungai Tekali, Hulu Langat dipercayai berpunca daripada tindakan pemilik tanah yang membenarkan warga...

Lokal

Pendaki wanita yang ditemui selamat selepas hampir dua minggu hilang di kawasan hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, 49, memaklumkan bahawa beliau tidak mengalami...

Sosial

Peserta rancangan MasterChef: Global Gauntlet, Jaime Tan, 27, tampil membuat permohonan maaf selepas hidangan ikonik Malaysia, roti canai, yang dipersembahkan beliau di pentas MasterChef...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd