Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Luncheon Talk Bersama Steven Sim, KESUMA Buka Peluang Belia Kongsi Dasar Sumber Manusia

Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) telah memberi peluang kepada golongan belia untuk berkongsi pendapat dengan merasmikan Luncheon Talk bersama Steven Sim.

Menerusi satu kenyataan media, Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong telah merasmikan program tersebut di Menara PERKESO pada 30 April lalu.

Difahamkan, ia bagi memberi peluang kepada golongan belia yang terdiri daripada alumni Yayasan Sukarelawan Siswa, wakil Majlis Belia Malaysia, dan pelajar-pelajar Universiti Awam serta Universiti Swasta berkongsi pendapat tentang Dasar Sumber Manusia.

Dalam pada itu, Steven Sim mengumumkan bahawa KESUMA memiliki pendekatan baharu 3K yang menitikberatkan kebajikan, kemahiran dan keberhasilan pekerja mengambil kira perspektif belia yang mengutamakan fleksibiliti dalam pekerjaan berbanding gaji sebagai faktor utama.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“KESUMA dengan penjenamaan dan iltizam baharu 3K iaitu Kebajikan, Kemahiran, Keberhasilan Pekerja mengambil kira perspektif belia yang berbeza di mana gaji yang diterima bukan lagi tarikan utama, tetapi fleksibiliti dalam bekerja menjadi salah satu kriteria utama dalam pemilihan pekerjaan,” katanya pada Selasa.

Jelasnya, pekerja berhak meminta pengaturan kerja fleksibel, termasuk perubahan waktu, hari, atau tempat bekerja, sejajar dengan pindaan Akta Kerja 1955 yang akan dilaksanakan pada Disember tahun ini.

“Waktu kerja anjal telah termaktub dalam Seksyen 60P dan 60Q, Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022.
“Pekerja berhak meminta daripada majikan mereka untuk pengaturan kerja fleksibel untuk mengubah waktu bekerja, hari bekerja atau perubahan tempat bekerja tertakluk kepada Bahagian XII atau apa-apa yang terkandung dalam kontrak perkhidmatan sebagai respons salah seorang belia mengenai dasar pekerjaan di negara jiran yang bakal dilaksanakan pada 1 Disember tahun ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, Steven Sim turut menjelaskan tentang kepentingan belia untuk memperluaskan pengetahuan dan kemahiran mereka bagi menghadapi era globalisasi yang semakin mencabar, memandangkan waktu kerja fleksibel menjadi norma di seluruh dunia.

“Maka, majikan tidak terhad dengan pekerja yang bekerja dari rumah, dan majikan boleh merekrut mana-mana pekerja asing di mana gajinya lebih murah dan tidak perlu hadir ke pejabat secara fizikal,” jelasnya.

Majlis yang dihadiri seramai 120 orang belia ini telah membincangkan serta memberi maklum balas kepada beliau tentang pekerja sektor gig, kemahiran di peringkat Institut Pengajian Tinggi, ketidakpadanan pekerjaan dan pasaran kerja.

Nadhirah Suhaimi
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pendaki wanita yang ditemukan selamat selepas tersesat selama dua minggu di hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, mengakui pengalaman getir yang dilaluinya membuatkan dia...

Spotlight

Pasangan selebriti Korea Selatan, Jung Kyung Ho dan Sooyoung dilaporkan telah menamatkan hubungan cinta mereka selepas 14 tahun bersama. Menurut laporan media tempatan pada...

Lokal

Isu penempatan komuniti Rohingya yang dikaitkan dengan sebuah flat tular di Sungai Tekali, Hulu Langat dipercayai berpunca daripada tindakan pemilik tanah yang membenarkan warga...

Sosial

Peserta rancangan MasterChef: Global Gauntlet, Jaime Tan, 27, tampil membuat permohonan maaf selepas hidangan ikonik Malaysia, roti canai, yang dipersembahkan beliau di pentas MasterChef...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd