Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Lontar Dialog Berbaur Lucah Dalam Drama, Maszlee Malik Mohon Maaf Kepada Wanita

Baru-baru ini, tular di media sosial satu potongan video dari drama bersiri Kudeta yang dimainkan oleh pelakon hebat, Vanida Imran.

Berlakon drama guna ayat kasar & lucah

Apa yang menarik perhatian adalah penampilan Bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik yang dilihat langsung tak kaku dalam lakonan.

Namun apa yang menjadi perdebatan ramai adalah dialog yang dilontarkan begitu kasar dan lucah ketika berhadapan dengan Vanida.

Beliau dilihat dikecam teruk di media sosial terutamanya di Twitter kerana ramai yang tidak sangka seorang bekas menteri sanggup mengeluarkan dialog yang merendahkan kaum wanita.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mohon maaf secara terbuka

Susulan daripada itu, Dr Maszlee dengan rendah hati telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua terutamanya kaum wanita kerana  menggunakan perkataan tidak baik sewaktu berlakon sebagai seorang perdana menteri jahat di dalam drama tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Akui kekhilafan yang berlaku

Dalam pada itu, beliau menjelaskan mengapa dirinya tertarik berlakon dalam drama tersebut adalah disebabkan jalan cerita yang menarik serta memberi banyak pengajaran.

Tak hanya itu, Dr Maszlee turut berterima kasih kepada semua yang memberikan teguran kepadanya dan beliau akui kekhilafan tersebut.

Mohon stesen TV tapis babak tersebut

Jadi, di akhir permohonan maaf itu, beliau berharap pihak penerbit dan stesen televisyen yang akan menayangkan drama bersiri Kudeta akan memotong ataupun menapis semula babak berkenaan supaya dapat ditayangkan kepada semua.

“Saya juga berharap pihak Astro boleh menapis babak tersebut demi menghormati sensitiviti ramai pihak.
Saya juga mengajak rakyat sekelian untuk menonton siri drama KUDETA di Astro yang merupakan drama Melayu yang julung kali berunsur politik, thriller dan aksi. Banyak yang boleh dipelajari selain babak lima saat yang kontroversi tersebut,” tulisnya.

Untuk rekod, Dr Maszlee merupakan Menteri Pendidikan Malaysia yang dilantik selepas Pilihan Raya Umum ke-14. Namun begitu, pada awal 2020, beliau telah meletak jawatan beberapa bulan sebelum Perdana Menteri Ke-7 meletak jawatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Twitter miskol, Facebook Mazlee Malik 

+ posts

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Niat mahukan luahkan ketidakpuasan hati terhadap kakitangan di UTC Komtar, namun lain pula jadinya apabila netizen sokong staf tersebut untuk tolak permohonan ‘renew’ pasport...

Dunia

Kumpulan pertama jemaah dari negara Iran akhirnya dibenarkan ke Arab Saudi untuk mengerjakan ibadah umrah selepas 10 tahun. Memetik laporan berita rasmi IRNA, kumpulan...

Spotlight

Pelakon terkenal Thailand, Bright Vachirwait Chivaaree mengesahkan dirinya kini menjalinkan hubungan cinta bersama Nene Pornnappan Pornpenpipa, setelah gambarnya bersama pelakon tersebut bertebaran di media...

Filem

Penyanyi dan pelakon, Datuk Awie telah mengarahkan filem pertama berjudul Rebel selepas bertahun-tahun berkecimpung dalam dunia lakonan. Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd