Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

LIMA’25: Pemilik Kereta Sewa Beri Teguran, Jurugambar Berdiri Atas Bumbung Kereta Demi Rakam Foto

Baru-baru ini tular di media sosial, memperlihatkan dua orang jurufoto berdiri di atas bumbung sebuah kenderaan yang dipercayai disewa semasa Pameran Maritim Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25) yang bermula 20 Mei hingga 24 Mei 2025.

Pemilik kereta sewa beri teguran

Pemilik kereta sewa beri teguran

Menerusi perkongsian di TikTok @kereta_sewa_lgk, pemilik kereta sewa jenis Toyota Vios itu menegur tindakan tidak bermoral jurufoto terbabit  yang dilihat berkaki ayam berdiri di atas bumbung sambil mengambil gambar.

“Mohon tolong jaga kereta sewa ini elok-elok macam kereta sendiri ya.
“Jangan panjat atau berdiri atas kereta, sayang cat dan bumbung itu. Gunakan dengan cermat, kalau ada apa-apa masalah boleh terus hubungi kami,” kata pemilik kereta sewa itu pada Isnin.

Sementara itu, pemilik kenderan tersebut mengucapkan terima kasih kepada pelanggan yang sudi menyewa keretanya dan mendoakan agar perjalan selamat sampai ke destinasi yang dituju.

“Terima kasih sebab pilih kereta sewa kami, semoga perjalanan anda semua seronok dan selamat sampai ke destinasi,” ujarnya.

Meninjau ke ruangan komen, warganet meninggalkan pelbagai reaksi balas melihat tindakan yang dianggap biadap itu dan mengecam teruk jurufoto berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah ada juga wargamaya yang turut memberikan beberapa solusi lain jika ingin mengambil gambar di kedudukan yang sedikit lebih tinggi.

Lain kali sewa 4×4

Pemilik kereta sewa beri teguran

Kamera beribu tapi sewa kereta

Pemilik kereta sewa beri teguran

Teruk betul perangai

Pemilik kereta sewa beri teguran

Artikel lain: Gadis Perancis Ajak Datang LIMA’25, Netizen Terkedu Fasih Berbahasa Melayu

Setakat artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah meraih lebih 60,000 tontonan dan lebih 1,000 tanda suka.

Sumber: TikTok Kereta Sewa Langkawi

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Polis sedang memantau aktiviti segelintir pengasas produk kosmetik dan peniaga dalam talian yang sering mempamerkan gaya hidup mewah di media sosial bagi mengesan kemungkinan...

Sukan

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) dan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dilaporkan memulakan siasatan awal terhadap Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA) serta presidennya, Claudio Tapia...

Lokal

Seorang penggali kubur, Rosli Abdullah, 52, kini hanya mampu bergantung sepenuhnya kepada cecair yang disalurkan menerusi tiub selepas hilang keupayaan untuk membuka mulut dan...

Nasional

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan Nasihat Taufan (Bavi) selepas ribut tropika berkenaan dikesan pada jam 8 pagi, kira-kira 1,151 kilometer (km) ke...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd