Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Gadis Perancis Ajak Datang LIMA’25, Netizen Terkedu Fasih Berbahasa Melayu

Gadis Perancis ajak datang LIMA'25

Ruang angkasa Langkawi sekali lagi digegarkan dengan pertunjukan pesawat-pesawat hebat dari pelbagai negara sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25) yang membuka tirainya pada hari ini.

Gadis Perancis ajak datang LIMA’25

@chabst24

Lima Langkawi yaaaaa 🥰🥰#lima2025 #navy #langkawi #minahfrance

♬ original sound – MINAHFRANCE – MINAHFRANCE

Baru-baru ini, seorang pengguna media sosial memuat naik satu perkongsian di TikTok, mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk berkunjung ke Langkawi bagi menyaksikan sendiri pameran maritim dan aeroangkasa tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Gadis Perancis ajak datang LIMA'25

Bukan itu sahaja, gadis yang dikenali sebagai Charlotte itu, dilihat petah bertutur menggunakan bahasa Melayu membuatkan warganet bertambah teruja.

“Weh aku tak sabar gila sudah ni, kapal semua dah sampai satu-satu.
“LIMA’25 Langkawi dah nak mula sudah, tahun ini pasti paling seronok. Laut, udara semua ada, hampa dah sedia ke belum. Jangan kata kami tal habaq awal,” kata Charlotte pada Isnin.

Gadis Perancis ajak datang LIMA'25

Meninjau ke ruangan komen, wargamaya memuji kepetahan gadis Perancis itu bertutur menggunakan bahasa Melayu dan lebih menarik lagi ia menggunakan loghat Kedah dalam perkongsian video tersebut.

Malah ada juga warganet, yang meluahkan rasa tidak sabar untuk berkunjung ke LIMA25 bagi menyaksikan sendiri kehangatan pameran dwitahunan itu.

Bahasa Utara mendunia Gadis Perancis ajak datang LIMA'25

Hang memang sempoi

Pandai hang cakap Melayu

Artikel lain: Pengamal Media China Jamah Nasi Kandar, Siap Fasih Bahasa Melayu

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, Charlotte merupakan gadis asal Perancis di Laut Atlantik dan kini menetap di Pulau Langkawi, Malaysia.

Sumber: TikTok MINAHFRANCE

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Impian beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei untuk melangkah ke separuh akhir Kejohanan Badminton Malaysia Masters 2026 tidak kesampaian selepas tewas kepada...

Sukan

Kerajaan Negeri Johor mengumumkan hari Isnin, 25 Mei 2026 sebagai Hari Cuti Peristiwa bagi seluruh negeri sempena kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjuarai Piala...

Lokal

Jambatan terpanjang merentasi sungai di negara ini telah dibuka secara rasmi hari ini, sekali gus menjadi mercu tanda baharu pembangunan infrastruktur di Sarawak. Jambatan...

Sosial

Pendakwah muda, Ustaz Muhammad Abdullah, 33, yang lebih dikenali sebagai Ustaz Mad Kecik (UMK), selamat melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya, Nor Suhada Mohd Azam, 26,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd