Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Lima Tahun Nanti Anak Kedua, Acha Septriasa Reda Keguguran Hujung Tahun 2022

Pelakon dan penyanyi terkenal Indonesia, Acha Septriasa baru sahaja mengumumkan hamil anak kedua pada awal Disember 2022 setelah menanti hampir 5 tahun.

Umum hamil awal Disember

Dia dilihat tersenyum manis disamping suami tercinta, Vicky Kharisma yang memegang perut selebriti itu sambil memeluk mesra.

View this post on Instagram

A post shared by Acha Septriasa (@septriasaacha)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Gugur di trimester pertama

Walau bagaimanapun, di posting terbaru Acha sewaktu membuat throwback perjalanan kehidupannya sepanjang tahun 2022, pelakon filem My Heart itu memaklumkan yang dirinya keguguran sewaktu trimester pertama.

Sudah tentu hal tersebut menjadi sesuatu yang sangat menyedihkan kerana kandungan yang baru sahaja diumumkan adalah satu perkara yang sangat mereka nantikan selepas menimang cahaya mata pertama lima tahun lalu.

View this post on Instagram

Advertisement. Scroll to continue reading.

A post shared by Acha Septriasa (@septriasaacha)

“Berita yang tidak disangka dan paling tidak dingini adalah kami kehilangan kandungan pada trimester pertama.
“Kami sangat sedih terhadap ketentuan ini dan berjanji akan kembali lebih kuat bersama tiga ahli keluarga,” tulisnya.

Mahu berehat untuk bangkit semula

Di akhir hantaran tersebut, Acha sempat berharap agar semua pihak dapat menikmati kehidupan yang lebih baik di tahun hadapan.

“Kekuatan batin saya adalah mengetahui bila waktu perlu berehat dan bersantai. Jangan lupa untuk menjalani kehidupan semula.
Detik-detik gembira hari ini adalah perkara sedih yang akan difikirkan esok. Terima kasih 2022,” ujarnya lagi.
View this post on Instagram

Advertisement. Scroll to continue reading.

A post shared by Acha Septriasa (@septriasaacha)

Untuk rekod, Acha Septriasa telah mendirikan rumah tangga dengan Vicky Kharisma sekitar tahun 2016 selepas bertemu sewaktu sama-sama menuntut di Universiti Lim Kok Wing, Cyeberjaya.

Mereka juga dikurniakan seorang cahaya mata perempuan dikenali sebagai Bridgia Kalina Kharisma dan mereka juga menetap di Australia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Instagram Acha Septriasa

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Majikan kepada Dicky Yau, iaitu lelaki yang dibantu oleh Abang Minyak Hitam Jalanan sewaktu mengalami kesulitan disebabkan motosikal yang ditunggangi mengalami masalah. Menerusi perkongsian...

Sosial

Pempengaruh dikenali sebagai “Minyak Hitam Jalanan”, Abang Usop, berkongsi pengalaman apabila seorang individu yang pernah dibantunya, Dicky Yau, tampil menunaikan janji dengan menyerahkan sebahagian...

Dunia

Syarikat minyak dan gas dari Itali, Eni, dilaporkan menemui satu lagi sumber gas berskala besar di Indonesia menerusi sumur eksplorasi Geliga-1 yang terletak di...

Lokal

Terengganu mencatatkan peningkatan mendadak kes perceraian yang dilihat sebagai petunjuk awal krisis sosial, sekali gus memerlukan tindakan segera dan menyeluruh daripada semua pihak. Ahli...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd