Kapal tangki minyak Malaysia, Ocean Thunder dilaporkan telah tiba di perairan negara di Pengerang pada Jumaat, selepas melalui perjalanan panjang merentasi laluan strategik antarabangsa.
Berdasarkan kemas kini Vessel Finder, kapal tangki minyak mentah bersaiz sangat besar (VLCC) yang berdaftar di Panama itu dikesan tiba pada jam 5.30 petang.
Difahamkan, kapal berkenaan sebelum ini turut memasuki perairan Singapura dengan kelajuan hanya 1.7 knot, sebelum meneruskan pelayaran ke destinasi akhir di Malaysia.
Kapal tersebut membawa kira-kira satu juta tong minyak mentah Basrah Heavy dari Iraq dan dijadualkan dihantar ke Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC), iaitu hab hiliran yang dikendalikan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
Penghantaran berkenaan menandakan berakhirnya perjalanan berisiko tinggi yang bermula di Iraq pada awal Mac.
Artikel lain: Iran Benar Kapal Minyak Malaysia Lalui Selat Hormuz, PM Anwar Ucap Terima Kasih
Untuk rekod, Ocean Thunder melalui Selat Hormuz pada 5 April lalu, iaitu laluan strategik yang sering terdedah kepada ketegangan geopolitik melibatkan Amerika Syarikat (AS), Israel dan Iran.
Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.








































