Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Leonardo DiCaprio Tampil Dalam Squid Game Musim Ketiga?

Timbul dakwaan mengatakan pelakon Hollywood Leonardo DiCaprio dikatakan akan muncul dalam drama siri popular Squid musim ketiga.

Menurut laporan Mirror UK, penggambaran musim tersebut sudah selesai dan barisan pelakon lain masih dirahsiakan susulan kebimbangan mengenai spoiler.

Leonardo DiCaprio

Foto: Newsweek

Spekulasi bermula apabila sumber berita Korea, OSEN, melaporkan pada 1 Januari bahawa DiCaprio akan membuat kemunculan khas dalam musim ketiga siri ini seperti yang dilaporkan oleh The Mirror.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun begitu, Netflix menafikan dakwaan kononnya  DiCaprio bakal muncul dalam drama arahan Hwang Dong-hyuk itu.

Artikel lain: Dominasi Kedudukan Netflix, Squid Game 2 Catat 480 Juta Tontonan

Netflix melalui jurucakapanya kepada Soompi menyatakan khabar angin tersebut adalah palsu dimana laporan mengenai penampilan DiCaprio dalam Squid Game musim ketiga adalah tidak berasas.

Siri popular dari Korea Selatan itu sedang menayangkan musim keduanya sejak 26 Disember lalu dan berjaya mencatatkan rekod baharu dengan 68 juta tontonan dalam minggu pertama, mengatasi rekod yang sebelumnya dipegang oleh Wednesday.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Berikutan kejayaan ini, Netflix telah mengumumkan musim ketiga akan ditayangkan pada tahun ini.

Sumber: Mirror UK

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd