Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Lembu Dijumpai Selepas Azan Dilaungkan, Namun Remaja OKU Masih Hilang

Seorang ibu meluahkan rasa sedih apabila anak lelakinya, Muhamad Aidil Asyraf Fadli, 15, yang juga seorang remaja orang kurang upaya (OKU) pembelajaran masih belum ditemui selepas dilaporkan hilang di kawasan hutan Kampung Permatang Pasir, Melaka semalam.

Foto: Sinar Harian

Menurut laporan Malaysia Gazette, Siti Norehan Azhar, 38, berkata kehilangan anaknya bermula sejak lewat petang semalam ketika remaja itu keluar seperti biasa untuk menjaga ternakan lembu milik sepupu mereka.

“Kali terakhir saya lihat dia sekitar pukul 6.30 petang. Dia minta RM3 untuk beli air, kemudian terus masuk ke hutan untuk jaga 13 ekor lembu. Biasanya dia akan balik sekitar jam 7 atau 7.30 malam.
“Tapi semalam saya pelik kerana sampai pukul 8 malam pun dia tak balik-balik sebelum sepupu saya keluar mencarinya.
“Kira-kira dalam pukul 10 lebih, sebaik sepupu selesai melaungkan azan, lembu betina dijumpai di dalam salah satu daripada dua kolam di kawasan hutan,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi hari ini.

Foto: Malaysia Gazette

Siti Norehan kemudian membuat laporan polis dan memohon bantuan pihak berkuasa untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Katanya lagi, Muhamad Aidil sukar bergaul seperti remaja lain dan tidak mungkin dia pergi ke rumah rakan atau lokasi lain tanpa pengetahuan keluarga.

“Dia dah tiga tahun jaga lembu di hutan ini. Kawasan ini dia dah biasa. Sebab itu saya sangat bimbang bila dia tak balik, sebab ini memang luar daripada kebiasaan,” ujarnya.

Foto: Sinar Harian

Sumber: Malaysia Gazette (Reza A Hamid)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang wanita dikenali sebagai Emel Kamal mencuri perhatian ramai selepas memuat naik rakaman majlis pertunangannya di platform Threads, yang memaparkan detik istimewa bersama bakal...

Politik

Bekas Ketua Bersekutu BERSATU Johor, Datuk Tan Lek Khang yang dilaporkan parah selepas dipercayai tertembak diri sendiri petang tadi, kini sedang menjalani pembedahan di...

Sosial

Mekanik tular yang dikenali sebagai Abang Minyak Hitam atau nama sebenarnya, Mohd Yusof Mohd Noor meluahkan rasa syukur apabila mampu memiliki lori untuk digunakan...

Lokal

Polis mengesahkan seorang penunggang motosikal berusia 24 tahun ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian khianat melibatkan sebuah kenderaan di kaunter bayaran plaza tol Kajang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd