Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Lembaga Koko Malaysia- Nestlé Bekerjasama, Hasilkan Produk Daripada Biji Koko Borneo

Nestlé Malaysia

Lembaga Koko Malaysia (LKM) dilaporkan bekerjasama dengan Nestlé bagi menghasilkan produk coklat daripada biji koko Borneo.

Nestlé, Lembaga Koko Malaysia bekerjasama

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, kerjasama LKM dan Nestlé merupakan inisiatif Nestlé Borneo Cocoa untuk memberi fokus kepada pengeluaran koko mampan.

Ia sekali gus memupuk kesedaran kepada petani serta komuniti mengenai pentingnya penjagaan alam sekitar, di samping mengamalkan aktiviti penanaman berasaskan teknologi hijau.

“Kerjasama seumpama ini mampu menggalakkan impak positif dari segi peningkatan hasil pengeluaran biji koko tempatan mampan serta berkeupayaan meningkatkan sumber pendapatan petani koko secara umumnya,”katanya dalam kenyataan.

Nestlé Malaysia

KitKat® Dark 52% guna biji koko Malaysia

Beliau turut melancarkan produk baharu KitKat® Dark 52% keluaran Nestlé (Malaysia) Berhad dengan kerjasama LKM di Pusat Inovasi dan Teknologi Koko LKM, Nilai, Negeri Sembilan, hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, produk tersebut merupakan coklat single origin Borneo yang menggunakan 100 peratus biji koko Malaysia daripada Sabah Sarawak.

Nestlé Malaysia

Artikel lain: KPM Peruntuk Lebih RM9 Juta Naik Taraf Fasiliti Sukan SSAS

Malah, pengeluaran sumber koko daripada Borneo tersebut adalah menerusi pengurusan tanaman mampan yang berpotensi untuk dimajukan.

Ia juga berupaya mengangkat nama biji kok Borneo agar lebih dikenali di persada antarabangsa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Yang turut hadir, Timbalannya, Datuk Chan Foong Hin; Ketua Pengarah Lembaga Koko Malaysia, Datuk Dr Ramle Kasin dan Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia, Singapura dan Brunei, Juan Aranols.

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pempengaruh media sosial terkenal, Alieff Irfan bersama rakan-rakannya dari AI Team dikecam selepas didakwa membuat lawak parodi yang dikatakan menghina Nabi Muhammad SAW. Kontroversi...

Sukan

Pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah menyifatkan Muhammad Hakim Danish Ramli sebagai antara prospek terbaik sukan permotoran negara ketika ini kerana memiliki kemampuan untuk bersaing...

Nasional

Warganegara Malaysia bakal menikmati pasport dengan tempoh sah laku sehingga 10 tahun pada kadar bayaran RM350 yang dijangka dilaksanakan tahun ini. Ketua Pengarah Imigresen,...

Dunia

Pemerintah Brunei mengumumkan rombakan Kabinet secara besar-besaran dengan mewujudkan portfolio utama baharu serta melantik dua puteranya sebagai menteri, lapor portal berita Al-Monitor. Rombakan tersebut...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd