Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Lelaki Warga Emas Mengamuk, Pecahkan Pintu Kaca MPTI Guna Tukul Besi

Seorang lelaki warga emas ditahan polis selepas bertindak agresif memecahkan pintu kaca bangunan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) dalam satu kejadian yang tular di media sosial.

Menurut laporan Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr. Bakri Zainal Abidin memaklumkan, suspek berusia 63 tahun itu bertindak demikian kira jam 10.15 pagi kerana dipercayai tidak berpuas hati dengan tindakan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Foto: Media Sosial

“Berdasarkan siasatan, suspek datang ke lokasi kejadian dengan menunggang motosikal dan meletakkan kenderaan tersebut di hadapan bangunan MPTI.
“Lelaki itu kemudiannya bertindak memecahkan kedua-dua pintu kaca utama bangunan tersebut dengan tukul besi sebelum cuba meninggalkan lokasi namun sempat ditahan oleh kakitangan MPTI dan diserahkan kepada polis,” katanya.

Tambah beliau, suspek turut bertengkar dengan beberapa kakitangan MPTI yang berada di lokasi kejadian sebelum cuba melarikan diri, akan tetapi dia berjaya ditahan oleh kakitangan MPTI dan diserahkan kepada pihak polis.

Dalam keterangannya, suspek mendakwa kemarahan dihadapi berpunca daripada tindakan MPTI memasang khemah di hadapan premis perniagaannya di Jalan Bandar sempena sambutan Chitra Pournami, sehingga menjejaskan pandangan pelanggan ke arah kedainya yang menawarkan khidmat membaiki jam.

“Menurut suspek, dia telah membuat beberapa aduan kepada MPTI selain laporan polis namun tiada tindakan diambil sehingga menyebabkan dia bertindak agresif,” ujarnya.

Suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Teluk Intan, dan permohonan reman dibuat di Mahkamah Majistret Teluk Intan bagi membantu siasatan lanjut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Media Sosial

“Pihak polis turut merampas barang kes iaitu tukul besi yang digunakan dalam kejadian ini. Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat terhadap harta awam,” jelasnya.

Terdahulu, tular di media sosial video berdurasi dua minit 37 saat yang memaparkan pertengkaran antara suspek dan beberapa kakitangan MPTI, dengan pintu kaca premis berkenaan dilihat telah pecah.

Sumber: Utusan Malaysia (Asliza Musa)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang suami meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa isterinya, yang dikenali sebagai Nurul Ain Syakinah Abdullah terlibat dalam hubungan curang bersama bekas teman lelakinya, dikenali...

Spotlight

Pempengaruh media sosial, Ammar Nazhan selamat bertunang dengan kekasih hatinya, Elya Maisara dalam sebuah majlis pada Sabtu di Johor Bahru, Johor. Sedondon tema matcha...

Dunia

Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul, melancarkan kempen ‘Thai Help Thai’ bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat dengan menurunkan harga lebih 3,000 barangan keperluan harian...

Sosial

Seorang Profesor dan Pakar Perunding Kanan Ortopedik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Mohd Yazid Bajuri, mencipta sejarah apabila menghasilkan kaki palsu mesra Muslim...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd