Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Lelaki Miliki 20 Rekod Jenayah Ditemui Meninggal Dunia Dalam Kereta

Seorang lelaki warganegara tempatan ditemukan tidak bernyawa di dalam sebuah kereta jenis Proton Wira yang diparkir di tepi Jalan Simpang 3 Tawar, Baling, Kedah, berhampiran kawasan tanah perkuburan Cina, semalam.

Mayat ditemui dalam kereta

Memetik laporan MalaysiaGazette, Ketua Polis Daerah Baling, Brandon Anak Richard Joe memaklumkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut kira-kira jam 11.35 pagi.

Menurut beliau, sebaik menerima maklumat, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling telah digerakkan ke lokasi kejadian sebelum menemui sebuah kenderaan dalam keadaan berkunci dengan seorang lelaki dipercayai telah meninggal dunia di dalamnya.

“Pasukan bomba dan penyelamat dipanggil bagi membantu membuka pintu kenderaan serta mengeluarkan mayat mangsa. Turut berada di lokasi ialah pasukan forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah untuk menjalankan pemeriksaan dan tindakan forensik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hasil siasatan awal mendapati lelaki berusia lingkungan 30-an itu mempunyai 20 rekod jenayah lampau melibatkan kesalahan jenayah dan narkotik.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, semakan turut mendapati kenderaan yang digunakan mangsa mempunyai rekod kehilangan berdasarkan laporan polis di Pendang, dan kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Pihak polis telah merampas kenderaan berkenaan bagi tujuan siasatan lanjut.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk proses bedah siasat, dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Dalam pada itu, Brandon menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian tersebut demi menjaga sensitiviti keluarga si mati.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: RM76.2 Juta Dirampas! Gudang Besi Buruk Rupanya Kilang Proses Dadah

Beliau juga meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ketua Polis Balai Tawar, SM Hafeedz Amil di talian 017-5588637 atau hadir ke balai polis berhampiran.

Sumber: MalaysiaGazette (Absyar Rina Yusra Asmadi)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Percutian sekumpulan pelancong Malaysia ke Indonesia bertukar cemas apabila mereka didakwa tidak menjelaskan bayaran bil makanan di sebuah restoran popular di Jakarta, sebelum akhirnya...

Lokal

Luahan seorang saksi kejadian ,Norharizan Hassan, 48, memaklumkan dirinya tampil berani menutup kepala mangsa yang telah putus dalam kemalangan ngeri yang meragut nyawa seorang...

Lokal

Seorang remaja lelaki maut dalam keadaan tragis selepas dipercayai putus kepala dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di sini pada Selasa. Dalam kejadian kira-kira jam...

Nasional

Di sebalik uniform yang disarung demi mempertahankan keselamatan negara, warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tampil dengan sisi kemanusiaan yang dekat di hati rakyat. Mereka...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd