Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Lelaki Maut Ketika Lakukan Hubungan Intim Di Kuala Krai

Mayat lelaki yang ditemui maut di hadapan tandas awam Dataran Lemang Manek Urai, Kuala Krai pada Isnin lalu didapati meninggal dunia akibat ditikam ketika lakukan hubungan intim.

Memetik laporan Malaysiakini, menerusi siasatan polis lelaki berusia 45 tahun itu ditikam oleh seorang wanita ketika melakukan hubungan intim dengannya pada 28 Mac lalu.

Ketua Polis Kelantan Muhammad Zaki Harun berkata wanita dari Sungai Tong, Setiu Terengganu telah dikurung secara salah dan dibawa ke beberapa kawasan dalam daerah Krai.

Lelaki maut ketika lakukan hubungan intim

Foto: The Sun

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Mangsa kemudian telah ditikam sebanyak tiga tikaman di bahagian perut dengan menggunakan sebilah pisau oleh wanita tersebut ketika melakukan hubungan intim.
“Mangsa dipercayai melarikan diri setelah wanita berkenaan berjaya melepaskan diri daripada pengawasannya,” katanya.

Artikel lain: Mangsa Tragedi Lake Tekapo, Allahyarham Megat Ashman Aqif Selamat Dikebumikan

Tambahnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra untuk dibedah siasat dan didapati punca kematian adalah luka di bahagian perut kesan daripada tikaman yang menembusi abdomen dan terkena usus najis.

“Mangsa juga tidak mendapatkan rawatan awal di pusat kesihatan sehingga menyebabkan luka dalam menjadi parah akibat jangkitan kuman.
“Mangsa turut mempunyai beberapa rekod lampau berkait kes jenayah dan narkotik,” ujarnya.

Dalam pada itu, polis juga telah menahan seorang wanita berusia 28 tahun dan merampas sebilah pisau pemotong sayur daripadanya.

Kes akan disisasat di bawah Seksyen 342 (kurungan salah) dan Seksyen 302 Kanun Keseksaan (membunuh orang).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Malaysiakini

+ posts

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Setelah hampir enam bulan mendiamkan diri, pasangan pengantin kini terbuka untuk menceritakan bagaimana kebakaran boleh berlaku sewaktu majlis perkahwinan mereka sehingga mengorbankan lebih 100...

Sosial

Tular satu video memaparkan seorang lelaki warga asing dari Bangladesh yang selamba jual burger Ramly di tepi jalan sehingga menyebabkan netizen Malaysia berang. Menerusi...

Filem

Filem aksi heist yang dinantikan tahun ini, The Experts bersedia untuk temui penonton bermula 23 Mei depan di pawagam seluruh negara, terbitan oleh penerbit...

Lokal

Seorang pekerja bengkel maut selepas tayar jentolak yang sedang diisi angin di sebuah pusat servis tayar di Bandar Baru Sungai Buloh, Sungai Buloh tiba-tiba...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd