Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Lelaki Maut, Isteri Patah Kaki Selepas Motosikal Rempuh Lori Tukar Laluan Tiba-Tiba

Seorang lelaki maut manakala isterinya cedera selepas motosikal yang dinaiki mereka merempuh sebuah lori yang dipercayai membuat pusingan secara mengejut di Jalan Ipoh–Lumut, pada Isnin.

Lelaki maut ditempat kejadian

Menurut laporan daripada Utusan Malaysia, kejadian kira-kira jam 3 petang itu turut dirakam dalam video berdurasi 30 saat yang tular di media sosial.

lelaki

Rakaman tersebut menunjukkan sebuah lori membuat pusingan ke kiri selepas melepasi simpang sebenar ketika lampu isyarat bertukar hijau, sekaligus menyebabkan penunggang motosikal di belakang gagal mengelak.

Artikel lain: Besi 100kg Dari Lori Melantun Tembusi Cermin Kereta, Lelaki Maut Di Tempat Kejadian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mangsa, Ahmad Taufik Abu Bakar, 60, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah, manakala isterinya, Azizah Mat Jamat, 61, alami cedera termasuk patah kaki kiri sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

lelaki

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad menyatakan siasatan awal mendapati motosikal dan lori berkenaan datang dari arah Batu Gajah menuju ke Ipoh sebelum lori itu beralih ke lorong kanan untuk memasuki simpang kiri.

“Penunggang motosikal tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian tepi kiri lori tersebut.
“Pemandu lori berusia 23 tahun tidak mengalami kecederaan,” katanya.

lelaki

Difahamkan, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk proses bedah siasat.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Utusan Malaysia (Asliza Musa)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pendaki wanita yang ditemukan selamat selepas tersesat selama dua minggu di hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, mengakui pengalaman getir yang dilaluinya membuatkan dia...

Lokal

Isu penempatan komuniti Rohingya yang dikaitkan dengan sebuah flat tular di Sungai Tekali, Hulu Langat dipercayai berpunca daripada tindakan pemilik tanah yang membenarkan warga...

Spotlight

Pasangan selebriti Korea Selatan, Jung Kyung Ho dan Sooyoung dilaporkan telah menamatkan hubungan cinta mereka selepas 14 tahun bersama. Menurut laporan media tempatan pada...

Sosial

Peserta rancangan MasterChef: Global Gauntlet, Jaime Tan, 27, tampil membuat permohonan maaf selepas hidangan ikonik Malaysia, roti canai, yang dipersembahkan beliau di pentas MasterChef...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd