Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Lelaki Ditemui 700 Meter Dari Lokasi Jatuh, Lemas Ketika Larikan Diri Daripada Polis

Tindakan seorang lelaki melarikan diri daripada polis ketika operasi tangkapan di Jalan Bagan Sungai Yu, Pasir Penambang, Kuala Selangor menjerat diri apabila dia ditemui lemas, semalam.

Menerusi laporan Buletin TV3, mangsa  yang berusia 43 tahun itu ditemui anggota bomba di dalam sungai pada jam 12.16 tengah hari, pada jarak kira-kira 700 meter dari lokasi dia terjatuh.

Foto sekadar hiasan

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, terdahulu pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu dari polis jam 7.24 malam kelmarin.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Harian Metro

“Sepasukan lapan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor dikejarkan ke lokasi.
“Menurut laporan awal, mangsa dipercayai lemas di dalam sungai ketika operasi tangkapan dilakukan polis.

Ketika dihubungi semalam, dia turut menjelaskan bahawa kerja-kerja pencarian kemudian dijalankan dengan bantuan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA).

Dalam pada itu, Mukhlis turut memberitahu bahawa mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sumber: Buletin TV3

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd