Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Lebih Sejuta Penumpang Sehari, Rapid Rail Catat Rekod Tertinggi Sejak Penubuhan

Syarikat pengendali perkhidmatan Transit Kereta Api Ringan (LRT), Monorel dan Transit Aliran Massa (MRT), iaitu Rapid Rail Sdn Bhd mencapai rekod tertinggi sejak penubuhannya pada tahun 2002 dengan mencatat lebih satu juta penumpang dalam sehari pada Rabu.

Memetik laporan Free Malaysia Today, Rapid Rail memberitahu bahawa rekod tersebut dicapai dengan jumlah keseluruhan sebanyak 1,004,591 menerusi laluan Kelana Jaya mencatatkan jumlah penumpang sebanyak 287,102 diikuti Ampang/Sri Petaling (224,184), Monorel (61,236), Kajang (274,302) dan Putrajaya (157,767) .

Foto: NSTP

Sementara itu, Rapid Rail berkata, jumlah penumpang meningkat melebihi 35% berbanding tarikh sama pada tahun sebelumnya iaitu sebanyak 739,818.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Lonjakan ini dipacu beberapa inisiatif seperti proses penambahan kapasiti tren di laluan Kelana Jaya dan Kajang, pembukaan semula perkhidmatan antara Stesen Masjid Jamek dan Stesen Bandaraya bagi laluan Ampang/Sri Petaling pada 17 Feb lalu akibat kerosakan struktur jejambat, serta pembukaan beberapa lokasi tarikan baru di sepanjang jajaran rel.
“Selain itu beberapa acara berskala besar yang diadakan di sekitar stesen rel dan musim cuti sekolah turut menyumbang kepada peningkatan jumlah penumpang ini,” katanya dalam satu kenyataan pada hari ini.

Selain meluahkan rasa bangga terhadap pencapaian bersejarah yang diperoleh enam bulan awal daripada waktu dijangkakan, Rapid Rail menyatakan bahawa segala penambahbaikan pihaknya itu adalah seiring dengan aspirasi kerajaan bagi memajukan sektor pengangkutan awam.

Foto: NSTP

“Ini juga bukti sokongan padu khususnya daripada warga Lembah Klang yang setia menggunakan perkhidmatan rel pada setiap hari.
“Segala usaha penambahbaikan yang dilakukan oleh Rapid Rail selama ini juga seiring dengan aspirasi kerajaan dalam memajukan sektor perkhidmatan pengangkutan awam ke tahap lebih baik,” ujarnya.

Sumber: Free Malaysia Today

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd