Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Lebih 500 Pekerja ByteDance Malaysia Dilapor Ditamatkan Perkhidmatan?

Syarikat induk sosial media TikTok, Bytedance Ltd dilaporkan terpaksa menamatkan perkhidmatan ratusan pekerjanya di Malaysia.

Foto: The Reserve Malaysia

Menurut laporan The Malaysian Reserve, sumber terdekat cawangan Malaysia lebih 500 individu yang telah ditamatkan perkhidmatan selepas menerima e-mel daripada syarikat berkenaan.

Sumber turut mengatakan bahawa kebanyakan pekerja bekerja dalam bahagian pengawasan kandungan di platform tersebut, bukan sahaja meliputi rantau Asia Tenggara, tetapi juga meliputi kawasan-kawasan lain.

Advertisement. Scroll to continue reading.

TikTok menggabungkan dua kaedah untuk mengawal kandungan iaitu sistem automatik dan manusia sebagai moderator.

Proses ini diguna untuk menapis kandungan yang tidak sesuai, berbahaya atau melanggar polisi kecerdasan buatan (AI) TikTok daripada pemantauan manusia melalui proses yang dikenali sebagai pembelajaran terselia.

“Maklum balas manusia digunakan untuk meningkatkan ketepatan keupayaan pengurusan kandungan AI,” kata sumber tersebut.

Menurut laporan Bloomberg pada Jun, lalu, 450 pekerja di unit ByteDance Indonesia telah diberhentikan selepas membeli sebuah syarikat e-dagang tempatan dan menggabungkannya dengan operasi TikTok.

CNN melaporkan pada bulan Mei bahawa TikTok merancang untuk memberhentikan sebahagian besar tenaga kerja operasi dan pemasarannya di seluruh dunia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pemberhentian pekerja secara global ini dijangka akan memberi kesan kepada pasukan yang menguruskan sokongan pengguna dan komunikasi, serta kandungan dan pemasaran.

Syarikat berita berpangkalan di Amerika itu turut menambah bahawa pasukan operasi global TikTok yang sedia ada akan dibubarkan sebagai sebahagian daripada langkah ini, dan pekerja yang masih berkhidmat akan diagihkan ke pasukan kepercayaan dan keselamatan, pemasaran, kandungan dan produk syarikat tersebut.

Sumber: The Malaysian Reserve

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Sosial

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melahirkan rasa sedih terhadap keadaan Dataran Merdeka yang dipenuhi sampah sarap selepas ribuan penyokong berhimpun bagi menyaksikan siaran langsung...

Lokal

Seorang pegawai imigresen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini pada Isnin atas tujuh pertuduhan menerima suapan setiap bulan bagi melindungi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd