Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Lawatan PM Ke Qatar Berjaya, Malaysia Berpotensi Jana Eksport RM700 Juta

Lawatan singkat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Qatar berjaya menjana potensi eksport barangan dan perkhidmatan bernilai kira-kira RM700 juta

Memetik laporan Sinar Harian, perkara itu disahkan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Foto: Bernama

“Komitmen eksport itu diterima daripada pelbagai pemimpin utama industri Qatar semasa mesyuarat meja bulat perniagaan bersama Perdana Menteri awal hari ini.
“Alhamdulillah, kita terima komitmen (eksport) berjumlah RM700 juta. Ia sekali gus menunjukkan keyakinan syarikat Qatar terhadap produk dan perkhidmatan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis jamuan makan malam Perdana Menteri bersama diaspora Malaysia, di Doha pada Isnin.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Zafrul turut memberitahu, pihak kementerian juga melihat potensi Asia Barat, yang merupakan satu pasaran besar buat Malaysia yang boleh diterokai.

Untuk makluman, majlis makan malam yang dihoskan oleh Anwar itu dihadiri kira-kira 500 rakyat Malaysia.

Foto: FB Anwar Ibrahim

Terdahulu, seramai 45 pemimpin terkemuka industri Qatar daripada 36 syarikat menghadiri mesyuarat meja bulat itu, mewakili sektor seperti makanan dan pemprosesan makanan, farmaseutikal, bahan binaan, hartanah dan pembinaan, pendidikan, hospitaliti dan banyak lagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Perdana Menteri sewaktu dialog meja bulat, mengulangi komitmen Malaysia untuk mengukuhkan hubungan dua hala dengan Qatar, khususnya dalam perdagangan dan pelaburan.

Foto: FB Anwar Ibrahim

Menurutnya, daya tarikan menarik Malaysia dengan sistem infrastruktur yang kukuh, kedaulatan undang-undang, tenaga kerja mahir dan boleh dilatih, pelaksanaan projek berdisiplin dan ekosistem perniagaan yang rancak menjadikan ia destinasi menarik bagi pelabur.

Semasa mesyuarat itu, pelabur dan pengimport sedia ada juga menyatakan penghargaan mereka atas usaha Malaysia dalam mewujudkan persekitaran yang memudahkan pelaburan dan pertumbuhan perniagaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Sinar Harian

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Jaguh Muay Thai negara, Aliff Rakib mencipta sejarah apabila muncul rakyat Malaysia pertama merangkul gelaran dunia ONE Championship selepas menewaskan legenda Muay Thai Thailand,...

Nasional

Keyakinan industri pertahanan global terhadap keupayaan Malaysia sebagai penganjur pameran bertaraf dunia terus diperkukuh apabila beberapa syarikat antarabangsa mengesahkan penyertaan awal dalam Pameran Antarabangsa...

Dunia

Kedutaan Itali di Bangkok memohon maaf kepada rakyat Thailand selepas sekumpulan pelajar Itali didakwa mengganggu ketenteraman awam ketika berada dalam perkhidmatan BTS Skytrain baru-baru...

Sukan

Malaysia dijangka kembali menjadi tuan rumah perlumbaan Formula Satu (F1) apabila Litar Antarabangsa Sepang (SIC) disebut-sebut bakal menganjurkan Grand Prix Bahrain pada Oktober ini...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd