Connect with us

Hi, what are you looking for?

Filem

Kutipan Sangat Memberangsangkan, Sheriff 2 Kini Dalam Perancangan

Susulan kutipan filem Sheriff: Narko Integriti yang sangat memberangsangkan, Sheriff 2 berkemungkinan akan kembali menemui peminat  filem aksi pada tahun hadapan dan kini dalam perancangan.

Memetik laporan Astro Gempak, Pengarah Urusan Skop Production, Datuk Yusof Aslam berkata filem itu kini dalam perancangan untuk pembikinan dan rakaman mungkin akan dimula selepas hari raya aidilfitri tahun depan.

“InshaAllah, kalau ikut perancangan kita akan memulakan rakaman selepas raya tahun hadapan. Syafiq juga sedang sibuk untuk beberapa filem tahun ini. Jadi selepas selesai, baru Syafiq akan memulakan perbincangan serta penulisan skrip dan sebagainya.
“Saya juga akan turun untuk melihat konsep yang nak kita buat dan perlu dirujuk kepada Bukit Aman, perlu lalu proses yang sama seperti filem Sheriff yang pertama,” katanya.

Sheriff 2 kini dalam perancangan

Foto: Harian Metro

Beliau berkata demikian ketika ditemui di media ketika Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat Sheriff Narko Integriti yang diadakan di Kuala Lumpur pada Khamis.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada masa yang sama, Yusof Haslam juga memberitahu bahawa sudah ada beberapa idea yang ingin dibawakan untuk filem ini namun kata putus belum dicapai.

Sementara tiu, Yusof Haslam juga menjelaskan dia mempunyai alasan tersendiri mengapa dia seringkali memilih untuk bekerjsama produksi lain sedangkan namanya sudah cukup terkenal di Malaysia.

“Ramai yang bertanya, kenapa saya sering melakukan kerjasama dengan Astro Shaw sedangkan saya sudah mempunyai nama yang kuat.
“Tapi sebenarnya, saya tak pernah menganggap saya kuat, saya cuma berjuang dan kadang-kadang kita perlu rakan kongsi.
“Untuk kekalkan momentum, kita jangan jadi manusia tamak. Saya dah pernah buat sendiri dan jalin kerjasama dengan beberapa produksi luar dan dengan perkongsian itulah yang membuahkan hasil,” jelasnya.

Foto: Harian Metro

Sekadar info, filem Sheriff: Narko Integriti yang diarahkan oleh Syafiq Yusof itu berjaya mengutip lebih kurang RM60 juta, kurang daripada sebulan tayangannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Filem tersebut dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat seperti Zul Ariffin, Syafiq Kyle, Elizabeth Tan, Azira Syafinaz dan ramai lagi.

Sumber: Astro Gempak (Asyraf Roslan)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Jaguh Muay Thai negara, Aliff Rakib mencipta sejarah apabila muncul rakyat Malaysia pertama merangkul gelaran dunia ONE Championship selepas menewaskan legenda Muay Thai Thailand,...

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Dunia

Kedutaan Itali di Bangkok memohon maaf kepada rakyat Thailand selepas sekumpulan pelajar Itali didakwa mengganggu ketenteraman awam ketika berada dalam perkhidmatan BTS Skytrain baru-baru...

Nasional

Keyakinan industri pertahanan global terhadap keupayaan Malaysia sebagai penganjur pameran bertaraf dunia terus diperkukuh apabila beberapa syarikat antarabangsa mengesahkan penyertaan awal dalam Pameran Antarabangsa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd