Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

KUSKOP Salur RM2.5 juta Kepada Glide, Perkukuh Industri Teknologi Tinggi Diterajui Wanita

Glide Technology Sdn Bhd menerima kemudahan pembiayaan bernilai RM2.5 juta daripada SME Bank di bawah Program Pembiayaan MySMELady 2.0 dalam satu majlis penyerahan cek cura di Shah Alam, pada Isnin.

Glide Technology menerusi satu kenyataan berkata, pembiayaan yang disalurkan di bawah inisiatif Dana Ekonomi Usahawan Wanita (DEWI) itu akan digunakan bagi pembelian peralatan makmal, peluasan mesin pengeluaran serta menaik taraf infrastruktur elektrik syarikat daripada 400A kepada 1400A.

“Pelaburan ini dijangka menyokong pengeluaran berskala besar produk utama syarikat, termasuk minyak transformer berasaskan sawit MPOB-Glide serta rangkaian produk berjenama bersama PETRONAS Tranol Glide,” katanya.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong berkata, Glide Technology merupakan contoh syarikat berteknologi tinggi yang mencerminkan komitmen KUSKOP dalam membangunkan lebih banyak syarikat diterajui wanita dalam industri bernilai tinggi melalui DEWI.

Beliau berkata, syarikat itu telah membuktikan keupayaan bertaraf dunia melalui kerjasama dengan PETRONAS dan Lembaga Minyak Sawit Malaysia, menghasilkan minyak penebat premium serta minyak transformer berasaskan sawit untuk kegunaan industri, di samping mengeluarkan pelincir automotif jenama tempatan pada harga kompetitif.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Glide mewakili model syarikat yang ingin kita sokong membina jenama kukuh, melabur dalam teknologi, membangunkan bakat dan melonjak dalam rantaian nilai.
“Ini menunjukkan ekosistem perniagaan Malaysia mampu keluar daripada perangkap ‘beli murah, jual murah’,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut.

Sementara itu, Presiden Glide Technology, Datuk Muhazli Muhamad, merakamkan penghargaan atas sokongan KUSKOP dan SME Bank.

“Ia memperkukuh asas yang telah kami bina di Glide selama hampir dua dekad produk buatan Malaysia, perkongsian institusi Malaysia dan cita-cita perindustrian Malaysia.
“Kami komited untuk menyalurkan setiap ringgit dengan bertanggungjawab dan menunaikan kepercayaan yang diletakkan terhadap kami,” ujarnya.

Selain itu, bagi Ketua Pegawai Kewangan Glide Group of Companies, Datin Zarita Azlin Ibrahim pula, pembiayaan RM2.5 juta di bawah MySMELady 2.0 itu membolehkan syarikat menyalurkan modal secara berdisiplin terhadap keutamaan yang telah dikenal pasti.

“Peranan kami adalah memastikan setiap ringgit disalurkan kepada kapasiti produktif, dengan piawaian tadbir urus kewangan dan pelaporan yang menyokong pertumbuhan jangka panjang kami,” katanya.

Majlis berkenaan turut dihadiri Pengerusi Kumpulan Syarikat Glide, Tengku Syarif Laksamana Perlis Dato’ Seri Diraja Syed Razlan Ibni Syed Putra Jamalullail.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang wanita dikenali sebagai Emel Kamal mencuri perhatian ramai selepas memuat naik rakaman majlis pertunangannya di platform Threads, yang memaparkan detik istimewa bersama bakal...

Politik

Bekas Ketua Bersekutu BERSATU Johor, Datuk Tan Lek Khang yang dilaporkan parah selepas dipercayai tertembak diri sendiri petang tadi, kini sedang menjalani pembedahan di...

Sosial

Seorang wanita warga China yang sebelum ini tular kerana mencetuskan kekecohan dalam sebuah penerbangan AirAsia dilaporkan telah tiba di ibu negara dan kini aktif...

Sukan

Petarung negara, Johan Ghazali, terpaksa akur tewas kepada lawan dari Jepun, Shimon Yoshinari, menerusi keputusan juri dalam saingan One Samurai 1 di Arena Ariake,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd