Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kumpulan Syarikat LTAT Agih Bantuan Kepada Lebih 1,400 Mangsa Banjir Di Kedah

Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) bersama kumpulan syarikatnya Boustead Plantation Berhad (BPlant), Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) dan Pharmaniaga Berhad agih bantuan kepada lebih 1,400 mangsa yang terjejas di lapan Pusat Pemindahan Sementera (PPS) di Kota Setar, Kedah pada Selasa susulan banjir di negeri itu.

Menerusi satu kenyataan, tindakan itu menunjukkan komitmen pihak mereka dan kumpulan syarikat terhadap mangsa banjir dengan menyediakan sokongan kritikal pada masa yang diperlukan.

LTAT agih bantuan kepada mangsa banjir di Kedah

LTAT Agih Bantuan Kepada Mangsa Banjir Kedah

“Usaha tersebut turut disokong oleh rakan-rakan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) lain dalam menjana impak kolektif sebagai sebahagian inisiatif GLIC/GLC Demi Rakyat & Negara (GDRN),” katanya hari ini.

Sementara itu, sebanyak lebih 800 pek keperluan telah diagihkan, termasuk makanan dan keperluan asas kebersihan yang disesuaikan dengan keperluan segera keluarga dipindahkan.

Malah, usaha berkenaan adalah sebahagian daripada misi bantuan yang diselaraskan antara Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) dan PPS di Kota Setar bagi memastikan bantuan sampai kepada keluarga dengan selamat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

LTAT Agih Bantuan Kepada Mangsa Banjir Kedah

“Semua penerima bantuan kini ditempatkan di PPS yang ditetapkan, dipantau oleh pihak berkuasa tempatan serta profesional bagi memastikan keselamatan serta kesejahteraan mereka terjaga.
Pengagihan bantuan itu, bukan sahaja memenuhi keperluan segera mangsa banjir, malah memperlihatkan kekuatan kerjasama seluruh kumpulan syarikat LTAT,” ujarnya.

LTAT Agih Bantuan Kepada Mangsa Banjir Kedah

Untuk makluman, BPlant telah menghantar 500 pek makanan keperluan ke enam lokasi PPS, BHPetrol mengagihkan 180 pek makanan keperluan ke tiga lokasi PPS dan Pharmaniaga Berhad menghantar 165 pek kebersihan asas ke tiga lokasi PPS.

Artikel lain: Pembatalan Rombongan 68 Pegawai Ke Berlin Terima Sokongan Penuh Kabinet – PM

LTAT kekal komited untuk terus memberi sokongan dan memainkan peranan aktif dalam menyumbang kepada masyarakat, selaras dengan aspirasi ekonomi di bawah rangka kerja MADANI.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pendaki wanita yang ditemukan selamat selepas tersesat selama dua minggu di hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, mengakui pengalaman getir yang dilaluinya membuatkan dia...

Spotlight

Pasangan selebriti Korea Selatan, Jung Kyung Ho dan Sooyoung dilaporkan telah menamatkan hubungan cinta mereka selepas 14 tahun bersama. Menurut laporan media tempatan pada...

Sosial

Peserta rancangan MasterChef: Global Gauntlet, Jaime Tan, 27, tampil membuat permohonan maaf selepas hidangan ikonik Malaysia, roti canai, yang dipersembahkan beliau di pentas MasterChef...

Lokal

Isu penempatan komuniti Rohingya yang dikaitkan dengan sebuah flat tular di Sungai Tekali, Hulu Langat dipercayai berpunca daripada tindakan pemilik tanah yang membenarkan warga...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd