Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kuat Kerana Keluarga! Jaslinda Dah Serik Mendaki Gunung, Tak Tinggalkan Solat Sepanjang Sesat

Pendaki wanita yang ditemukan selamat selepas tersesat selama dua minggu di hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, mengakui pengalaman getir yang dilaluinya membuatkan dia tidak lagi mahu meneruskan aktiviti mendaki gunung.

Memetik portal Utusan Malaysia, Jaslinda, 49, berkata, detik-detik mencabar sepanjang tempoh tersesat itu menjadi pengalaman yang sukar dilupakan dan mungkin menamatkan terus hobinya sebagai pendaki.

“Apa yang saya lalui selama dua minggu ini cukuplah, saya tak terfikir untuk hiking lagi. Saya mungkin teruskan skuba pula.

“Sebenarnya saya kuat sepanjang di dalam hutan disebabkan keluarga. Saya fikir hutan bukan tempat tinggal saya, saya mahu kembali kepada anak-anak, kepada keluarga.

“Mereka penguat semangat saya. Saya tahu orang sekeli­ling mendoakan. Saya hanya ter­sesat, bukan sebab ada hantu atau bunian yang sorok saya,” katanya, semalam.

Kredit Foto: BERNAMA

Mengimbas detik-detik sepanjang berada di dalam hutan, Jaslinda berkata, dia menyedari dirinya sesat apabila gagal menemui laluan keluar sebelum terpaksa bergantung kepada sumber air semula jadi untuk terus hidup.

Menurutnya, dia hanya meminum air daripada embun, kelopak daun dan buluh sepanjang mencari jalan keluar.

“Sepanjang mencari jalan keluar, saya memang banyak kali terjatuh dan itu biasa. Saya ba­ngun, semua sebab pada masa itu saya hanya fikir hendak keluar dari hutan sahaja.
“Pada malam, saya tidur beralaskan plastik sampah yang memang saya bawa setiap kali mendaki. Saya juga bawa wisel yang saya tiup setiap kali saya terdengar bunyi helikopter tetapi mereka tidak nampak saya.
“Sebenarnya, dua tiga kali saya tunggu di puncak gunung tetapi pada masa itu helikopter tidak lalu, tiada rezeki helikopter hendak nampak saya pada masa itu,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Jaslinda memaklumkan kaki kirinya terpaksa disimen selepas mengalami keretakan pada buku lali ketika cuba menyeberangi sungai pada hari kedua dia tersesat.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sebelum mendaki saya memang cedera tapi bukan patah. Pada hari kedua tersesat, saya jumpa anak sungai, jadi saya ikut anak sungai.
“Saya cuba menyeberangi sungai namun terjatuh lebih kurang lima meter ke bawah sungai. Masa jatuh, kepala saya masuk dalam sungai dan kena batu. Kaki saya termasuk celah batu, itu yang menambahkan kecederaan pada kaki,”ceritanya.

Walaupun berada di dalam hutan selama 15 hari, Jaslinda bersyukur kerana tidak terserempak dengan haiwan liar walaupun menemui kesan tapak kaki binatang buas.

“Mujur tidak terserempak haiwan liar, ini kuasa Allah. Saya hanya nampak tapak kaki binatang buas tapi saya tak nampak walau sekecil seekor ular sekali pun yang banyak hanya agas dan nyamuk,” katanya.

Artikel lain: Dua Minggu Sesat Dalam Hutan, Jaslinda Dedah Tiada Gangguan Atau Unsur Mistik

Menceritakan detik sebelum ditemukan, Jaslinda berkata, dia mengambil laluan kanan selepas menemui dua simpang sebelum terlihat sebuah jambatan gantung yang merentangi sungai.

Ketika cuba menyeberangi jambatan itu, dia ternampak dua penduduk Orang Asli yang sedang memancing lalu meminta makanan kerana terlalu lapar.

“Ketika itu saya pandang mereka dan mereka pandang saya. Saya tanya jika mereka ada makanan kerana saya sangat lapar.
“Mereka bawa saya ke per­kampungan mereka. Mereka papah saya naik ke atas bukit ke rumah mereka. Mereka bawa saya ke rumah tok batin dan suruh saya rehat,” katanya lagi.

Sumber: Utusan Malaysia (Ain Safre Bidin)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Usahawan wanita, Farhana Zahra memaklumkan dia telah hadir memberi keterangan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) berhubung video tular memaparkan majlis sambutan...

Lokal

Rasa tanggungjawab terhadap keselamatan dan nyawa manusia mendorong sukarelawan Orang Asli suku Semai tampil membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin,...

Lokal

Seorang peniaga didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini atas tuduhan memandu secara berbahaya sehingga mengakibatkan kematian seorang remaja lelaki dalam kemalangan yang...

Sukan

Pemain beregu campuran utama negara, Toh Ee Wei bertekad untuk kembali lebih kuat selepas disahkan mengalami kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) pada lutut kiri...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd