Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Belanjawan 2026: KSN Beri Bayangan Ada Berita Baik Buat Rakyat, Penjawat Awam

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar hari ini menzahirkan keyakinan bahawa Belanjawan 2026 tidak akan mengecewakan rakyat Malaysia khususnya golongan penjawat awam.

“Belanjawan mesti ada berita baik… tapi rahsialah, tak boleh (dedah)… tapi yakin bahawa memang ada berita baik,” katanya ketika ditanya tentang harapan terhadap Belanjawan 2026.

KSN beri bayangan ada berita baik

KSN beri bayangan ada berita baik

Foto: Bernama

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis perasmian Persidangan Penyelidikan Governans, Integriti dan Antirasuah Peringkat Kebangsaan kali keempat di sini hari ini.

Shamsul Azri juga berkata berita baik yang bakal diumumkan itu adalah manifestasi komitmen Kerajaan MADANI untuk terus menjadi kerajaan yang prihatin terhadap rakyat.

Artikel lain: JPA Perkenal Dashboard H.E.M.A.T., Inovasi Digital Julang Aspirasi MADANI

KSN beri bayangan ada berita baik

Foto: Kosmo

Belanjawan 2026, yang dijadual dibentangkan di Dewan Rakyat pada 10 Okt ini, merupakan siri keempat Belanjawan MADANI yang dirangka untuk memulihkan daya tahan fiskal, memperkukuh asas ekonomi dan meningkatkan taraf hidup rakyat.

Belanjawan kali ini akan terus menelusuri tiga tonggak utama Ekonomi MADANI iaitu menaikkan siling pertumbuhan negara, meningkatkan lantai taraf hidup rakyat dan memacu pembaharuan khususnya dalam tatakelola yang baik.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Bernama

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd