Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

KPT Terima 27,407 Permohonan, Keputusan Rayuan Ke Universiti Awam Diumum 6 Ogos

Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) boleh menyemak keputusan permohonan rayuan UPUOnline untuk kemasukan ke universiti awam (UA) bermula Selasa depan (6 Ogos) hingga 15 Ogos.

Memetik laporan Bernama, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Sakmud berkata keputusan boleh disemak menerusi laman web UA dan aplikasi UPUPocket bermula 12 tengah hari dan tempoh setuju terima adalah 7 hingga 15 Ogos.

Keputusan rayuan ke universiti awam diumum 6 Ogos

Keputusan Rayuan Ke Universiti Awam Diumum 6 Ogos

“Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berusaha untuk pastikan bahawa yang terbaik dapat tempat. Ini adalah selaras arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu jangan ada pelajar cemerlang tercicir dalam konteks kemasukan ke universiti” katanya.

Tambah Mustapha, KPT menerima sebanyak 27,407 permohonan rayuan dengan jumlah unjuran tempat adalah sebanyak 9,459.

Artikel lain: KPT Pandang Serius Dakwaan Jual Sijil Akademik, Kesan Beberapa Kes Penipuan

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Bilangan program dibuka untuk rayuan adalah 246 program dengan 13 program temu duga. Harap yang ditemu duga tampil diri sebaik mungkin untuk dapat perhatian panel penemuduga,” ujarnya.

Keputusan Rayuan Ke Universiti Awam Diumum 6 Ogos

Foto: ABIM

Sementara itu, Mustapha juga berkata mana-mana calon yang tidak percaya dalam proses rayuan boleh memohon kemasukan ke universiti swasta atau melanjutkan pelajaran bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (TVET).

“Jangan anggap TVET sebagai pilihan kedua kerana TVET ada kebolehpasaran yang tinggi,” katanya.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Sosial

Network School yang sebelum ini beroperasi di Forest City, Johor bakal melangkah ke fasa baharu apabila merancang membuka kampus baharunya di Kazakhstan menerusi kerjasama...

Sukan

Jaguh Muay Thai negara, Aliff Rakib mencipta sejarah apabila muncul rakyat Malaysia pertama merangkul gelaran dunia ONE Championship selepas menewaskan legenda Muay Thai Thailand,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd