Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

KPT Jadikan Penganjuran Festival Idea Putrajaya Sebagai Usaha Promosi Malaysia

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) jadikan penganjuran Festival Idea Putrajaya sebagai salah satu usaha promosi Malaysia menjadi pusat wacana intelektual dan inovasi di peringkat serantau dan global melalui pendekatan the whole of government.

Ia juga merupakan satu inisiatif penting buat KPT dalam merakyatkan idea dan pendidikan secara besar-besaran.

Difahamkan, Festival Idea Putrajaya yang akan dilangsungkan pada 27 hingga 29 November 2024 merupakan julung kali diadakan pada tahun ini dan merupakan program pengenalan kepada Festival Idea Putrajaya yang bakal diadakan secara tahunan mulai tahun 2025.

Menerusi teks ucapan dari Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir yang dibacakan oleh Setiausaha Kementerian, Datuk Seri Zaini Ujang, memaklumkan bahawa penganjuran Festival Idea Putrajaya ini bertujuan untuk menghimpunkan tokoh-tokoh hebat dalam satu platform berprestij bagi membincang dan berkongsi idea-idea inovatif serta penyelesaian terhadap cabaran-cabaran semasa yang dihadapi oleh dunia termasuk Malaysia.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Festival ini juga dianjurkan bagi mengembalikan kegemilangan budaya ilmu dan melahirkan masyarakat yang menghargai ilmu dan dalam masa yang sama, semua idea dan penyelidikan dibawa dan dikumpulkan dalam satu platform untuk dikongsikan kejayaan negara dengan masyarakat dunia dan merangka masa depan negara melalui ‘The Malaysian Success Stories’ dan mengangkat Putrajaya sebagai ‘City of Ideas’,” ujarnya

Boleh disimpulkan bahawa Festival Idea Putrajaya ini sebagai satu platfrom yang berperanan penting dalam mengetengahkan kearifan lokal dan kebijaksanaan tempatan yang turut menyumbang dalam usaha membina masyarakat MADANI.

Terdapat pelbagai aktiviti menarik akan dianjurkan di Festival Idea Putrajaya sekaligus menampilkan kepakaran institusi pendidikan tinggi dan industri serta mengetengahkan pemain utama dalam bidang inovasi.

Ia juga sesuai buat semua lapis usia dan dijangka memberi impak positif yang besar bukan hanya kepada peserta, malah ekosistem inovasi di Malaysia.

Susulan itu, Jerayawara Festival Idea Putrajaya yang dianjurkan pada 9 hingga 10 November 2024 ini adalah salah satu cara mempromosikan penganjuran acara kemuncak festival tersebut dan telah dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang wanita dikenali sebagai Emel Kamal mencuri perhatian ramai selepas memuat naik rakaman majlis pertunangannya di platform Threads, yang memaparkan detik istimewa bersama bakal...

Politik

Bekas Ketua Bersekutu BERSATU Johor, Datuk Tan Lek Khang yang dilaporkan parah selepas dipercayai tertembak diri sendiri petang tadi, kini sedang menjalani pembedahan di...

Sosial

Seorang wanita warga China yang sebelum ini tular kerana mencetuskan kekecohan dalam sebuah penerbangan AirAsia dilaporkan telah tiba di ibu negara dan kini aktif...

Sukan

Petarung negara, Johan Ghazali, terpaksa akur tewas kepada lawan dari Jepun, Shimon Yoshinari, menerusi keputusan juri dalam saingan One Samurai 1 di Arena Ariake,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd