Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

KPN Dedah Hanya 89 Etnik Rohingya Direkod Terlibat Kes Jenayah Sejak 2024

Seramai 89 individu etnik Rohingya direkodkan terbabit dalam kes jenayah di negara ini sejak tahun 2024, menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail.

Hanya mewakili 0.02 peratus daripada keseluruhan kes direkodkan

Memetik laporan daripada Sinar Harian, jumlah tersebut hanya mewakili 0.02 peratus daripada keseluruhan kes jenayah yang direkodkan bagi tempoh berkenaan dan melibatkan sebilangan kecil individu dalam komuniti tersebut.

Menurutnya, pihak berkuasa akan terus mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang didapati melanggar undang-undang tanpa mengira kewarganegaraan atau status mereka di negara ini.

“Pihak berkuasa sentiasa mengambil tindakan terhadap mereka yang didapati terbabit dalam kesalahan, bukan sahaja Rohingya tetapi juga semua warga asing yang berada di negara ini.
“Semua warga asing termasuk pelarian yang berada di negara ini tetap tertakluk kepada undang-undang Malaysia dan data pelarian turut direkodkan bagi tujuan pemantauan serta sebarang tindakan lanjut,” katanya dalam sidang akhbar sempena Majlis Pelancaran Perangi Scam: Dua Pasukan Satu Matlamat.

Dalam etnik Rohingya ada tekong darat

Mengulas mengenai dakwaan terdapat dalam kalangan etnik Rohingya yang berperanan sebagai tekong darat bagi membawa pendatang asing tanpa izin (PATI), Mohd Khalid menegaskan tindakan tegas akan diambil terhadap sesiapa sahaja yang terbabit dalam kegiatan tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ujarnya, polis bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) terus mempergiat rondaan di perairan negara bagi membendung kemasukan PATI termasuk aktiviti tekong darat.

“Perkara itu memang dilaksanakan secara berterusan dan jika ada maklumat yang kita peroleh, kita akan mengambil tindakan lanjut,” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata Malaysia mempunyai kerjasama antara kerajaan dengan kerajaan (G2G) dengan beberapa negara bagi menempatkan sementara pelarian sebelum mereka dihantar ke negara ketiga.

“Pada masa lalu, kadang-kala dalam tempoh setahun, kita menghantar kira-kira 7,000 hingga 8,000 orang ke negara ketiga.
“Akhir-akhir ini, disebabkan beberapa masalah tertentu, kita berdepan kesukaran dan pergerakan mereka ke negara ketiga itu nampaknya terhenti,” katanya.

Sumber: Sinar Harian (Muhammad Afham Ramli)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sukan

Bintang sensasi Brazil, Neymar, mengumumkan pengakhiran karier antarabangsa selepas negaranya tersingkir di pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2026 apabila tewas 2-1 kepada Norway di...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd