Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

KPM Pertimbang Beri Baucar Buku MADANI Kepada Warga Pendidik

Kementerian Pendidikan (KPM) sedang mempertimbangkan untuk memperluas inisiatif Baucar Buku MADANI kepada warga pendidik pada masa akan datang.

Memetik laporan Astro Awani, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menyatakan bahawa cadangan untuk memperluaskan pemberian baucar kepada guru akan dibawa kepada Jemaah Menteri termasuk membentangkan laporan kejayaan pelaksanaan pemberian Baucar Buku MADANI pada tahun lalu.

Beri Baucar Buku MADANI kepada warga pendidik

Baucar Buku Madani

Foto: MalaysiaGazette

Difahamkan, baucar bernilai RM50 diberikan kepada murid Tahun 4 ke atas, manakala RM100 kepada pelajar sekolah menengah, kolej vokasional, Tingkatan Enam, matrikulasi, dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kementerian akan mengangkat satu nota Jemaah Menteri dan akan dibentangkan dalam Kabinet untuk melaporkan kejayaan inisiatif ini yang mencapai penebusan 100 peratus termasuk di kawasan luar bandar.
“Ini kejayaan yang cukup besar dan kita berjaya laksanakan dengan hasil komitmen semua pihak, terutama para guru,” jelasnya selepas Majlis Penyerahan Cek Cura Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Tahun 2025 Peringkat Pulau Pinang di Sekolah Kebangsaan Seri Tasek, Nibong Tebal hari ini.

Baucar Buku Madani

Foto: MalaysiaGazette
Melihat kepada keupayaan dan komitmen semua pihak terhadap inisiatif terbabit, beliau berkata KPM berharap untuk meneruskan inisiatif itu dan menambah baucar berkenaan untuk guru.
Ditanya nilai baucar yang akan diberikan kepada guru, beliau memerihalkan perkara itu perlu dibincangkan dahulu bersama pihak Kementerian Kewangan.
Baucar Buku Madani
Foto: Utusan TV
Tambah Fadhlina lagi, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM33.9 juta untuk Bantuan Awal Persekolahan (BAP) yang akan diagihkan kepada 226,004 murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah di Pulau Pinang bagi sesi persekolahan 2025/2026.

Beliau juga memaklumkan bahawa kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM791.25 juta untuk pembayaran sekali bayar sebanyak RM150 kepada lebih daripada 5.2 juta pelajar di seluruh negara.

“BAP adalah amanah yang diberikan khusus untuk persiapan persekolahan anak-anak. Pihak kementerian sentiasa berusaha untuk merapatkan jurang, namun usaha ini memerlukan sokongan daripada rakan strategik seperti syarikat swasta,” ujarnya.

Foto: Astro Awani

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Dunia

Kedutaan Itali di Bangkok memohon maaf kepada rakyat Thailand selepas sekumpulan pelajar Itali didakwa mengganggu ketenteraman awam ketika berada dalam perkhidmatan BTS Skytrain baru-baru...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd