Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Kos Ditanggung Bahrain! Sepang Dijangka Jadi Tuan Rumah F1 Oktober Ini

Malaysia dijangka kembali menjadi tuan rumah perlumbaan Formula Satu (F1) apabila Litar Antarabangsa Sepang (SIC) disebut-sebut bakal menganjurkan Grand Prix Bahrain pada Oktober ini susulan konflik berterusan di Asia Barat.

Memetik laporan BBC, Grand Prix Bahrain yang sepatutnya berlangsung pada April lalu ditangguhkan pada Mac bersama Grand Prix Arab Saudi berikutan perang di Iran.

Bahrain sebelum ini berharap dapat menjadualkan semula perlumbaan itu pada 4 Oktober, iaitu hujung minggu di antara Grand Prix Azerbaijan dan Grand Prix Singapura. Bagaimanapun, peningkatan konflik sejak kebelakangan ini menyebabkan perancangan tersebut tidak dapat diteruskan.

Sebagai penyelesaian, Litar Antarabangsa Sepang yang kali terakhir menganjurkan perlumbaan F1 pada 2017 dilaporkan tampil menawarkan diri untuk menjadi hos perlumbaan berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menariknya, Bahrain dikatakan masih bersedia menanggung kos penganjuran, sekali gus membolehkan perlumbaan itu dipersembahkan sebagai Grand Prix Bahrain yang dianjurkan di Malaysia, meskipun nama rasmi acara berkenaan masih belum dimuktamadkan.

Sumber turut memberitahu bahawa beberapa perbincangan telah berlangsung sejak beberapa hari lalu membabitkan aspek kewangan perlumbaan, termasuk pihak yang akan menanggung kos serta penentuan nama rasmi acara itu.

Pada masa sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membuat pengumuman berhubung perkara tersebut hari ini.

Konflik di Iran turut memaksa Formula Satu menilai semula baki kalendar musim ini memandangkan jadual asal 2026 mengandungi 24 perlumbaan dengan empat daripadanya berlangsung di Asia Barat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Situasi itu dijangka memberi kesan kepada penghujung musim apabila selain Bahrain dan Arab Saudi, perlumbaan berganda di Qatar serta Abu Dhabi turut berada dalam kalendar.

Mengikut perjanjian komersial Formula Satu dengan 11 pasukan bertanding dan penyiar televisyen di seluruh dunia, kalendar musim tidak boleh mempunyai kurang daripada 22 perlumbaan.

Justeru, sekiranya semua perlumbaan di Asia Barat dibatalkan akibat perang, sekurang-kurangnya dua perlumbaan perlu digantikan.

Sumber sama berkata litar Imola di Itali dan Portimao di Portugal kini sedang dipertimbangkan sebagai lokasi penutup musim sekiranya Formula Satu terpaksa membatalkan dua perlumbaan berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam senario itu, hanya satu daripada dua litar terbabit diperlukan memandangkan Malaysia dijangka mengambil alih penganjuran Grand Prix Bahrain, dengan Imola dilihat sebagai pilihan paling berkemungkinan menjadi venue penutup musim.

Sumber: BBC 

Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd