Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kos Bahan Mentah Naik? Bos Mydin Jangka Menu Rahmah Hanya Bertahan 3 Bulan

Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin memaklumkan program makanan mampu milik kerajaan yang baharu diperkenalkan iaitu Menu Rahmah tidak akan bertahan lebih tiga bulan jika kos bahan mentah meningkat di pasaran.

Menurut laporan Utusan Malaysia, beliau mengharapkan agar kerajaan melakukan sesuatu bagi menyelesaikan masalah yang dibelenggu yang dialami oleh peniaga.

Jelasnya lagi, pihak Mydin hanya mampu mengekalkan harga bagi Menu Rahmah pada harga yang rendah buat tiga bulan yang pertama sahaja untuk golongan yang tidak berkemampuan.

“Apabila menu baru dimulakan ada yang mencadangkan ia akan (separuh masak) tetapi saya jamin untuk tiga bulan pertama ia akan stabil.
“Selepas itu ia bergantung kepada keadaan ekonomi. Jika tiada kenaikan harga bahan mentah maka kita boleh mengekalkan Menu Rahmah selama-lamanya,” ujarnya.

Sekadar info, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub telah memperkenalkan Menu Rahmah kepada rakyat yang bertujuan untuk mengurangkan tekanan inflasi terhadap golongan berpendapatan rendah pada 31 Januari yang lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Utusan Malaysia ( Mohamad Hafiz Yusoff Bakri dan Fariz Rusadio)

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

“Mak, ini tiket umrah untuk mak…” Demikian kata mekanik dikenali sebagai ‘Abang Minyak Hitam Jalanan’ yang tular di media sosial selepas menerima tajaan umrah...

Dunia

Menteri Kewangan Indonesia, Purbaya Yudhi Sadewa menarik balik cadangan awal untuk mengenakan levi ke atas kapal yang melalui laluan strategik Selat Melaka dan Selat...

Sosial

Kegigihan seorang pemuda dikenali sebagai Wan yang sanggup bekerja sejak usia 15 tahun demi membantu keluarga meraih perhatian ramai selepas kisahnya tular di media...

Sosial

Luahan pilu seorang rakan terhadap pemergian sahabatnya, Azman Mazni yang maut dalam kemalangan baru-baru ini menyentuh hati ramai. Perkongsian oleh S Faizzul Syar di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd