Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Konvoi Malbatt 850-12 Yang Terlibat Dalam Letupan Selamat Tiba Di Kem Marakah

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memaklumkan konvoi pertama Malaysian Battalion 850-12 (MALBATT 850-12) yang terlibat dalam kejadian letupan di Beirut pada 7 November 2024 selamat tiba di Kem Marakah sekitar jam 5.30 petang waktu Lubnan.

Dalam pada itu, lima daripada enam anggota yang mengalami kecederaan ringan turut berada dalam konvoi tersebut.

Salah seorang daripada mereka yang menerima rawatan di Hospital Hamood turut dibenarkan keluar sekitar jam 12.01 pagi waktu Lubnan (6.01 pagi waktu Malaysia) dan bersama dengan anggota yang lain di Kem Marakah.

Difahamkan, rawatan susulan terhadap anggota yang mengalami kecederaan dalam serangan letupan tempoh hari akan terus diberikan oleh Pegawai Perubatan MALBATT 850 di Kem Marakah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mereka yang sudah kembali meneruskan tugas seperti biasa apabila pulih sepenuhnya nanti.

Setakat ini, pihak United Nations Interim Force In Lebanon (UNIFIL) sedang menyiasat kejadian serangan di Lebanese Armed Forces (LAF) Check Point, Stadium Saida yang melibatkan konvoi MALBATT 850-12 tersebut.

Konvoi Malbatt 850-12

Pihak ATM  pula akan meneruskan rancangan pertukaran terup antara MALBATT 850-11 dan MALBATT 850-12 mengikut jadual yang telah dirancangkan oleh pihak UNIFIL.

Perkara tersebut turut dilaksanakan oleh beberapa negara yang menghantar terup pengaman ke UNIFIL, yang terlibat dalam rancangan pertukaran terup pada bulan ini dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kumpulan kedua MALBATT 850-12 dijangka akan berlepas pada 10 November 2024 berkekuatan seramai 219 orang.

Manakala terup MALBATT 850-12 yang masih berada di Malaysia tetap menjalankan tugas seperti biasa dan sedang melakukan persiapan akhir sebelum diatur gerakkan ke Lubnan.

Susulan daripada kejadian tersebut, pihak  ATM kekal komited terhadap tahap keselamatan dan kesejahteraan anggota dalam melaksanakan misi pengaman di bawah panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

Mereka juga akan terus-terusan memantau secara rapi melalui Markas Angkatan Bersama (MKAB) berkenaan perkembangan insiden yang telah berlaku.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Aktivis Rohingya, Noor Azizah memuat naik satu hantaran di Instagram sempena kempen #Black4Rohingya yang menyeru orang ramai memakai pakaian hitam sebagai tanda solidariti terhadap...

Spotlight

Pempengaruh media sosial, Bob T20, mencuri perhatian ramai selepas berkongsi kisah peribadinya mengenai hubungan dan kehidupan lampau menerusi satu sesi podcast baru-baru ini. Menurut...

Lokal

Kerajaan Negeri Terengganu menegaskan ia tidak akan mengambil tindakan terburu-buru dalam menangani isu kebanjiran etnik Rohingya di beberapa kawasan di negeri itu, sebaliknya akan...

Sosial

Isu pengurusan pelarian etnik Rohingya kembali mencuri perhatian apabila dakwaan kos rawatan kesihatan yang ditanggung kerajaan mencecah sekitar RM30 juta setahun di hospital kerajaan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd